Malaysiakini BM kini percuma

Mulai hari ini, Malaysiakini edisi Bahasa Malaysia boleh dilayari secara percuma untuk membolehkan pembaca mengikuti perkembangan terkini persaingan sengit parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya umum ke-12.

Hari ini juga, Malaysiakini memperkenalkan edisi Tamil, MalaysiaIndru.com yang bermaksud 'Malaysia hari ini'.

Edisi terbaru ini hasil kerjasama Malaysiakini.com dengan Semparuthi Publications, penerbit majalah isu-isu semasa Semparuthi.

Ia juga boleh diperolehi secara percuma.
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.