Janji manifesto BN 2008

   

kemaskini 11:30pm Barisan Nasional melancarkan manifestonya di Pusat Dagangan Dunia Putra petang tadi.

Bertemakan 'Selamat, Aman dan Makmur', dokumen itu Malaysia 2008: Laporan Kemajuan dan Manifesto boleh juga diperolehi di laman web rasmi BN untuk pilihanraya umum 2008 di alamat bn2008.org.my .

Manifesto dalam sembilan topik utama itu, antaranya, memuatkan janji-janji berikut:

bullet button Ekonomi

- Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu

- Memupuk dan membantu 1 juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa 5 tahun

- Menjana lebih 2 juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa 5 tahun

- Mengurangkan lagi defisit fiskal negara

- Melaksanakan pelan pembangunan lima koridor ekonomi

bullet button Keselamatan

- Mengurangkan indeks jenayah negara

- Menangani isu pendatang asing tanpa izin

- Menambah 60,000 anggota polis menjelang 2011 dan membina 150 balai

- Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam

bullet button Urus tadbir kerajaan

- Memerangi rasuah tanpa gentar atau pilih kasih

- Mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh BPR, kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT)

- Suruhanjaya Aduan Khas bagi menangani aduan berhubung salah laku agensi penguatkuasa

bullet button Pendidikan

- Menaikkan tahap kelayakan minima guru dan membanyakkan peluang latihan,

- Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan; antaranya meluaskan pengajaran Mandarin dan Tamil

- Memelihara kedudukan sekolah jenis kebangsaan (SJK)

- Lebih banyak biasiswa untuk pelajar peringkat ijazah, dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum

bullet button Pembangunan

- Mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% menjelang 2010

- Menyediakan rumah lebih bermutu dengan harga yang mampu dibeli - Akses kepada perkhidmatan kesihatan moden dan bermutu

- Menaik taraf pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas

- Merapatkan jurang digital dan meningkatkan perkhidmatan internet jalur lebar

- Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Kampung-kampung Baru

- Pendekatan ”Kelantan Baru, Kelantan Maju” bagi penduduk negeri itu

bullet button Perkhidmatan awam

- Cepatkan pelaksanaan e-kerajaan

- Cepatkan pengeluaran lesen dan permit

- Budaya bertindak dan maklum balas dalam tempoh 3-7 hari bagi semua aduan awam

bullet button Agama

- Membina persefahaman lebih baik tentang Islam kepada seluruh rakyat melalui Islam Hadhari

- Meluaskan program J-QAF di lebih banyak sekolah

- Meningkatkan usaha dialog isu-isu antara agama

Di laman web itu, BN turut menggariskan tiga sebab pemilih harus memangkah parti itu, antaranya:

bullet button Sistem perkongsian kuasa yang terbukti sejak zaman Perikatan.

bullet button Kemakmuran serta keselamatan yang dinikmati sejak 50 tahun kemerdekaan.

bullet button Keberanian menghadapi cabaran, berwawasan menghadapi masa depan

Sumber: Malaysia 2008: Laporan Kemajuan dan Manifesto

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In