Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelakon, pelawak bersama BN
Diterbitkan:  Feb 25, 2008 10:58 PM
Dikemaskini: 4:24 PM

Kedua-duanya bernama Aziz, kedua-duanya bergelar Datuk. Seorang pelakon dan pelawak veteran manakala seorang lagi calon Barisan Nasional.

Mereka adalah Aziz Sattar dan Aziz Sheikh Fadzir.

Aziz, 81, mahu membantu Aziz berkempen di kerusi parlimen Kulim/Bandar Bharu kerana terhutang budi kepada abangnya, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Ahmad.

Abdul Kadir juga penyandang kerusi itu untuk beberapa penggal.

"Sebagai rakyat negara ini yang cintakan keamanan saya sokong BN kerana itu saya telah berada di Serdang selama empat hari untuk membantu calon BN Datuk Aziz Sheikh Fadzir," katanya.

Beliau pulang ke Kuala Lumpur malam tadi untuk penggambaran drama bersiri dan akan kembali berkempen di kawasan ini minggu depan, lapor agensi Bernama .

Aziz Sattar berkata, rakan-rakan artis yang turut berkempen untuk calon parlimen itu termasuklah Datuk Jalaluddin Hassan dan Aznil Nawawi.

"Inilah bantuan yang dapat kalangan artis di negara ini hulurkan kepada calon-calon BN kerana setiap kali pilihanraya kami tidak boleh berdiam diri tetapi turut membantu sedaya mungkin memberi sokongan moral dan tenaga," ujarnya.

Aziz akan ditentang satu lawan satu dengan calon Zulkifli Nordin pada 8 Mac ini.

ADS