Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS menang, hilang sebahagian RM112 bilion
Diterbitkan:  Feb 27, 2008 2:38 PM
Dikemaskini: Feb 28, 2008 10:23 AM

Kelantan akan gagal mendapat manfaat daripada sebahagian pelaburan asing berjumlah RM112 bilion dalam pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) jika parti sekarang tidak ditukarkan pada pilihanraya umum ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Beliau, yang bakal dilantik Menteri Besar jika BN menang, berkata sedemikian ketika melancarkan manifesto tambahan BN negeri semalam.

awang adek hussin Dr Awang, yang juga pengarah pilihanraya BN negeri, bertanding di dua kerusi - parlimen Bachok dan DUN Perupok dalam langkah BN merampas negeri kubu PAS itu.

Sehubungan itu, pengerusi BN Datuk Seri Annuar Musa pula bertanding di kerusi parlimen Ketereh, meninggalkan kerusi negerinya di Kok Lanas.

Dr Awang dilaporkan Bernama sebagai berkata jika kerajaan PAS tidak ditukarkan kemungkinan Kelantan mendapat nama sahaja dan kalaupun ada pelaburan hanya kecil.

Mengulas manifesto PAS negeri yang dilancarkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Machang malam semalam, calon BN itu berkata ia sekadar gimik politik.

husam musa 01 Sementara itu naib presiden PAS Datuk Husam Musa pula mendakwa manifesto BN kali ini ditiru daripada manifesto yang pernah dikemukakan oleh pembangkang, katanya kepada pusat media kempennya Global Media Channel di Kota Bharu pagi tadi.

"Kalau mereka (BN) tiru manifesto pembangkang, mereka boleh buat, jadi kalau kita (pembangkang) perintah Malaysia lagi kita boleh buat," kata Husam.

Husam menegaskan beliau sangat yakin harga minyak akan naik selepas pilihanraya umum nanti kerana pemimpin BN sebelum ini telah beberapa kali membayangkan harga tersebut akan mengalami kenaikan ekoran jumlah besar subsidi yang ditanggung akibat perubahan harga minyak dunia.

"Sebelum ini (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri) Najib juga yang cakap kalau harga minyak tak naik, negara akan bankrap. Jadi kenapa sekarang cakap tak akan naik?" Husam dipetik sebagai berkata.

BN mengadakan pilihanraya lebih awal kerana parti itu mahu segera mendapatkan mandat rakyat dan akan menaikkan harga bahan api itu, tambahnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS