Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SMS pecah-belah calon MCA
Diterbitkan:  Feb 28, 2008 11:18 AM
Dikemaskini: 7:40 AM

Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting mendakwa ada pihak yang menyebarkan pelbagai SMS yang cuba memecah-belahkan calon dan penyokong MCA.

ong ka ting 040108 Katanya, pihak yang bertanggungjawab menyebarkan SMS itu mahu calon serta penyokong MCA syak wasangka antara satu sama lain untuk membolehkan parti lawan meraih undi.

"Saya tidak percaya SMS itu datang dengan sengaja dari dalam parti, saya anggap mereka ini tidak mencintai parti, bukan penyokong sebenar parti.

"Parti lawan tidak ada modal lagi, maka dia timbulkan macam-macam isu. Kampung-kampung baru di Mambau, Rahang dan Rasah telahpun diberi perhatian dengan baik oleh MCA.

"Banyak pembangunan telah dibawa dan projek mempertingkatkan infrastruktur pun telah dibuat," katanya selepas majlis pemimpin bersama rakyat di Seremban.

Bernama memetik Ong sebagai berkata MCA Negeri Sembilan memilih pasukan yang seimbang untuk bertanding sebagai calon pada pilihanraya 8 Mac ini.

Katanya Datuk Dr Yeow Chaik Thiam yang bertanding bagi kerusi parlimen Rasah, Datuk Yu Chok Tow (Parlimen Seremban), Datuk Goh Siew Huat (DUN Mambau), Datuk Yip Chee Kiong (DUN Rahang), Siow Koi Voon (DUN Lobak) dan Lee Kee Chong (DUN Temiang), kesemuanya bekerja sebagai satu pasukan.

"Ini adalah kumpulan yang secara kolektif akan memberi perkhidmatan yang baik dan akan membawa pembangunan menerusi kekuatan dan kelebihan setiap calon," katanya.

ADS