Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pihak gereja Kristian yang secara tradisinya tidak membabitkan diri dalam soal politik, kini mula memainkan peranan aktif dalam mendidik dan menyebarkan maklumat kepada para pengundi.

church election forum 280208 panel Di samping ceramah pilihanraya, pihak-pihak gereja juga turut menganjurkan dialog dengan menjemput calon-calon yang bertanding dan ahli akademik untuk membincangkan isu-isu negara, di samping menyediakan garispanduan kepada para penganut Kristian bagaimana hendak mengundi.

Minggu lalu, Gereja Katholic St Francis Xavier Catholic telah menganjurkan debat antara calon-calon yang bertanding di parlimen Petaling Jaya Selatan (PJS) - Donald Lim dari MCA dan Hee Loy Sian dari PKR - serta Lim Thuan Seng dari Gerakan dan Edward Lee dari DAP, yang bertanding di kerusi negeri Bukit Gasing.

Ahad lalu, Majlis Gereja Malaysia (CCM) telah menjemput peguam hak asasi manusia dan ahli akademik Dr Farish Noor menghadiri dialog anjurannya.

Setiausaha Agung CCM, Rev Dr Hermen Shastri berkata: "Memandangkan banyak isu-isu berkaitan dengan rasuah, bidang kehakiman dan kebebasan beragama, maka banyak gereja di kawasan bandar, berminat untuk menemui calon-calon bagi mengetahui pendirian mereka terhadap isu-isu tersebut.

dap islamic state forum 260707 hermen shastri Dan apakah isu-isu yang menarik perhatian pihak gereja?

"Yang berkaitan dengan keadaan sekolah-sekolah mubaligh, kesukaran mendapatkan permit untuk tempat ibadat, kawasan perkuburan yang tidak mencukupi dan permit untuk mengendalikan pusat khidmat sosial apabila berurusan dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan," katanya.

Kebebasan agama

Bagaimanapun, katanya, semua ini adalah perkara kecil berbanding dengan isu rampasan Kitab Injil dan larangan mengggunakan sesetengah perkataan dalam bahan penerbitan agama Kristian.

"Semua ini menyentuh kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Dan semua itu pastikan menjadi satu faktor pertimbangan penganut Kristian ketika mereka keluar mengundi nanti," kata Dr Hermen.

Satu sumber gereja Katholik berkata: "Diharapkan, penganut Kristian kini mempunyai lebih kesedaran politik dan mempunyai keberanian untuk membuat keputusan. Dan sudah tiba masanya bagi mereka menyedari bahawa mereka mempunyai tugas dan bertanggungjawab dalam (menangani) masalah-masalah negara.

"Sebagai seorang rakyat, mereka mempunyai tanggungjawab moral untuk memastikan calon-calon yang betul (berasaskan kepada kepercayaan sosial mereka) dipilih. Itulah cara yang betul untuk menyempurnakan tanggungjawab mereka kepada negara," katanya.

Para penganut Kristian di Malaysia mempunyai banyak persoalan yang harus difikirkan - dari persoalan mengenai kebebasan beragama (Lina Joy dan Revathi Massosai) kepada persoalan hak-hak ibubapa terhadap pertukaran agama anak-anak mereka (R Subashini and S Shamala), status agama dan harta peninggalan si mati (Nyonya Tahir and N Moorthy).

Insiden-insiden terbaru membabitkan rampasan kitab Injil dalam bahasa Inggeris oleh seorang pegawai kastam di LCCT dan rampasan bahan-bahan dalam Bahasa Malaysia mengenai Sidang Injil Borneo bagi kegunaan sekolah di gereja, turut menyentuh perasaan masyarakat gereja.

temple demolitions Begitu juga dengan insiden-insiden lain yang membabitkan perobohan kuil-kuil Hindu di Selangor untuk tujuan pembangunan. Manakala badan bukan kerajaan (NGO) Islam menggesa supaya ditubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai wakil-wakil mereka dan majlis kerajaan tempatan, untuk memutuskan mengenai kedudukan tempat ibadat bukan Islam di kawasan majoriti penduduk Islam. Berita asal

Mesej kepada penganut

Akhbar Kristian ‘Herald’ juga pernah diberi amaran bahawa permit penerbitannya akan dibatalkan. Bagaimanapun pihak berkuasa menariknya balik tetapi mengenakan syarat bahawa akhbar tersebut tidak boleh menggunakan perkataan Allah, Baitullah, Kaaba dan Solat dalam seksyen Bahasa Malaysia.

Ini, menurut penganut Kristian, bukan sahaja merupakan satu sekatan terhadap hak mereka untuk menggunakan Bahasa Malaysia tetapi juga menggunakan perkataan Arab yang telah digunakan oleh semua orang di Malaysia dan Timur Tengah sejak berkurun-kurun lamanya.

Bagi 2.8 juta penganut Kristian di negara ini, mengundi pembangkang bukan satu penentangan terhadap kerajaan sekarang, tetapi mencerminkan rasa tidak puashati mereka terhadap cara isu-isu agama ditangani.

Tetapi untuk memutuskan calon mana yang hendak dipilih bukanlah sesuatu yang mudah selepas menghadiri dialog anjuran CCM itu yang berjalankan selama dua jam.

Di penghujung majlis tersebut, seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 70-an berkata: “Dalam pilihanraya yang lalu, pilihan mudah sahaja. Ianya memilih antara pembangunan dan kemunduran. Tetapi tahun ini, saya tidak dapat tidur memikirkan mengenai calon-calon (untuk dipilih), Siapa yang saya patut undi, Dr Farish?"

Dan Dr Farish menjawab: “Pilih calon, bukan parti. Lihat sama ada beliau menyokong politik berasaskan kaum, penubuhan Majlis Antara Agama atau sama ada orang itu mahu Malaysia dijadikan sebuah negara Islam. Selepas berbuat demikian, pastinya anda akan tahu siapa yang harus dipilih."

Dan pihak gereja juga membawa mesej yang sama kepada penganut mereka. Berita asal

ADS