• Anwar 'the boss' di Lembah Pantai
  • 1204871428
  • Pemimpin BN melemparkan pelbagai tuduhan kepada bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini penasihat PKR.

    Ada yang mendakwa beliau sering menukar-nukar imej dan pandai berlakon.

    Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu pernah mendakwa Anwar hanya pandai bersandiwara.

    anwar sivaji posterSewaktu kempen pilihanraya kecil Ijok, Selangor tahun lepas, rakaman Anwar menari-nari di pentas PKR menjadi kempen BN menentang calon parti pembangkang itu.

    Kali ini benar sekali, Anwar memang tampil sebagai pelakon di kawasan parlimen anaknya Nurul Izzah di Lembah Pantai.

    Nurul Izzah mencabar calon BN Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang memenangi kerusi ini dengan majoriti 15,288 undi pada 2004.

    Mulai semalam, PKR mengedarkan poster anak sulungnya bersama imej Anwar sebagai pelakon terkenal Tamil, Anwar kini "Sivaji The Boss", filem yang meletup di pawagan tempatan tahun lepas.

    Di belakang poster warna Anwar bersaiz A4 itu, imej rasmi Nurul Izzah sebagai calon PKR di Lembah Pantai.

    Poster filem itu, yang diubahsuai dengan muka Anwar, bersesuaian pula dengan minat beliau terhadap filem dan pelakon tersohor ini, Rajnikanth atau Rajni.

    Di banyak tempat yang dihadiri penyokong-penyokong India, Anwar sering menceritakan kisah filem ini sebagai bahan pelaris ceramahnya, khususnya kepada peminat filem Tamil.

    • 'Ujian api' Nurul di Lembah Pantai
    • PKR nafi minta calon bebas tarik diri
    • Sah: Nurul Izzah cabar Shahrizat
    • Khairy: Tiada masalah hadapi Nurul Izzah
    • Suka filem 'Sivaji The Boss'
    • Bahan pelaris ceramah