Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azizan kekalkan tadika Kemas
Diterbitkan:  Mar 10, 2008 5:37 PM
Dikemaskini: 9:47 AM

Kerajaan campuran pembangkang di Kedah mengarahkan supaya semua Tadika Kemas di negeri itu beroperasi seperti biasa.

azizan abdul razak Arahan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah yang baru, Azizan Abdul Razak dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menafikan laporan sebuah akhbar hari ini yang menyatakan bahawa Tadika Kemas diarah dikosongkan serta merta.

Sebaliknya kata Azizan, PAS akan memantapkan lagi pusat pendidikan prasekolah itu.

Bernama memetik beliau sebagai berkata, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah, Yusuf Husin telah diminta menghantar surat kepada semua 15 PAS Kawasan bagi memastikan Tadika Kemas di kawasan mereka meneruskan sesi pengajian seperti biasa.

"Saya harap rakyat tidak terpengaruh dengan arahan selain yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri," katanya.

Akhbar Berita Harian melaporkan hari ini bahawa kerajaan campuran pembangkang Kedah telah mengarahkan supaya tabika Kemas di beberapa kawasan negeri ini dikosongkan serta-merta sejak pagi semalam.

Laporan itu menyebut, beberapa guru tabika Kemas yang ditemui mengakui mereka didatangi pihak tertentu sejak semalam yang mengarahkan bangunan itu dikosongkan secepat mungkin bagi membolehkan diambilalih kerajaan PAS.

Menurut laporan tersebut, 57 tabika Kemas dikatakan terbabit dengan arahan bekenaan.

ADS