Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Exco Kedah: 7 PAS, 3 PKR
Diterbitkan:  Mar 12, 2008 2:31 PM
Dikemaskini: 1:09 PM

Kerajaan baru Kedah yang kini dipimpin PAS dan PKR melantik barisan exconya dengan agihan tujuh untuk parti Islam itu dan tiga untuk PKR.

Bagi jawatankuasa mesyuarat kerajaan negeri (exco) yang diperuntukkan kepada PKR, seorang wakil rakyat India dan Cina terpilih.

Pembangkang menguasai 23 daripada 36 kerusi negeri dengan pecahan 17 PAS, lima PKR dan satu DAP.

Sepuluh Adun mengangkat sumpah dan menerima tauliah sebagai anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) daripada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah hari ini.

Jawatan exco yang dikhaskan untuk wanita PAS diserahkan kepada Aishah Ghazali, Adun Merbau Pulas.

Adun PAS yang dilantik:

- Ir. Phahrolrazi Zawawi (Pengkalan Kundor),

- Mohd. Taulan Mat Rasul (Tokai),

- Ir. Amiruddin Hamzah (Anak Bukit),

- Dr. Hamdan Mohamed Khalib (Tanjong Dawai),

- Abdullah Jusoh (Pantai Merdeka), dan

- Dr. Ismail salleh (Alor Mengkudu).

Adun rakan perkongsiannya PKR:

- V. Arumugam (Bukit Selambau),

- Mohd. Razhi Salleh (Lunas), dan

- Tan Wei Xu (Bakar Arang).

Turut hadir di istiadat tersebut Menteri Besar, Azizan Abdul Razak.

ADS