Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR ugut keluar k'jaan Perak
Diterbitkan:  Mar 13, 2008 1:47 PM
Dikemaskini: 11:10 AM

Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak puas hati dengan persetujuan yang telah dibuat antara PAS dengan DAP tentang komposisi barisan Exco negeri Perak.

Dalam komposisi tersebut, lapan kerusi Exco diperuntukkan kepada DAP dan dua selainnya untuk parti lain.

syed husin ali "Kami dengan ikhlas menegaskan bahawa komposisi Exco ini sepatutnya mencerminkan komposisi bilangan penduduk dan mewakili kepentingan semua kaum dengan saksama," kata Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali.

"Semua parti hendaklah peka kepada harapan serta sentimen rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, katanya, PKR meminta agar komposisi tersebut dibincang semula.

"Dan sekiranya (komposisi) tidak diubah dengan memuaskan bagi semua pihak, PKR tidak akan menyertai pentadbiran negeri Perak.

"Sungguhpun begitu, kami akan terus mendukung kerajaan campuran untuk negeri Perak sebagaimana yang telah kami setujui lebih awal.

Bagaimanapun, kata Syed Husin PKR menerima keputusan untuk melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak.

Beliau berkata, di peringkat awalnya, PKR dengan tegas menekankan keperluan memilih seorang yang dapat diterima dengan baik oleh majoriti.

"Kami kini menerima keputusan tersebut demi mempertahan semangat kerjasama antara PKR, PAS serta DAP dan juga untuk menjamin kestabilan serta perpaduan negeri Perak khususnya, dan negara Malaysia umumnya," katanya.

ADS