Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ISA: Samy Vellu 'talam dua muka'
Diterbitkan:  Mar 31, 2008 8:11 PM
Dikemaskini: 3:22 PM

Desakan presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu semalam agar lima pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) dibebaskan daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai sikap "talam dua muka."

"Tuntutan Samy untuk membebaskan lima tahanan ISA itu tidak jujur dan berbau politik," kata pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh.

"Sekiranya Samy Vellu berprinsip dan jujur membuat tuntutan (itu), maka sepatutnya kenyataan mendesak mereka dibebaskan telah dilakukan dulu lagi sebelum pilihanraya umum ke-12 ataupun semasa 20 tahun beliau menjadi salah seorang menteri kabinet.

"Beliau juga sepatutnya mendesak kerajaan untuk membebaskan semua tahanan ISA tanpa mengira kaum."

bm lima tahanan hindraf Sambil mengalu-alukan kenyataan Samy Vellu, GMI menegaskan akta itu bertujuan politik BN untuk mengekalkan kelangsungan politik mereka.

Samy Vellu menggesa dua pemimpin Hindraf dibebaskan lebih awal atas alasan R. Kenghadaran mengalami sakit teruk dan M. Manoharan menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dalam pilihanraya 8 Mac.

Bekas ahli parlimen Sungai Siput itu juga mendakwa beliau bertemu isteri-isteri dua tahanan itu.

Bagaimanapun isteri Manoharan, kini wakil rakyat DAP di Kota Alam Shah, hari ini menafikan pernah mengadakan perbincangan dengan presiden MIC.

Menurut laman web The Star Online hari ini, S. Pushpaneela berkata "saya tidak pergi dan bertemu Samy Vellu."

"Kenapa sekarang, sedangkan beliau boleh mendesaknya dulu lagi," katanya, sambil menambah jika memerlukan bantuan, beliau (Pushpaneela) akan merujuk pengerusi DAP, yang juga peguam terkenal, Karpal Singh.

Semalam, bekas menteri kerja raya itu juga berkata dua lagi ketua Hindraf wajar dibebaskan - V. Ganabatirau dan K. Vasantha Kumar - kerana "pembabitan mereka tidak begitu mendalam" dalam demonstrasi besar di Kuala Lumpur 25 Nov lepas.

P. Uthayakumar, seorang peguam dan aktivis sosial masyarakat India, pemimpin Hindraf yang kini meringkuk di kem tahanan Kamunting di Taiping.

Bernama hari ini memetik kenyataan terbaru Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, bahawa kelima-limanya yang dihukum selama dua tahun tidak akan dibebaskan.

ADS