Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS cadang pakatan politik baru
Diterbitkan:  Apr 1, 2008 12:03 PM
Dikemaskini: 6:45 AM

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencadangkan penubuhan gagasan pakatan politik baru bagi mendepani cabaran politik baru di Malaysia.

pas pkr dap stadium melawati shah alam 310308 01 Beliau membuat cadangan tersebut ketika berucap di program Himpunan Rakyat dan Munajat Perdana sempena kemenangan PAS di Selangor, di Stadium Melawati, Shah Alam malam tadi.

Kira-kira 25,000 orang menghadiri program tersebut.

Barisan Rakyat yang terdiri daripada pakatan PAS, PKR dan DAP yang diberikan mandat besar dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, "wajar menghulurkan tangan kepada rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN), khasnya wakil rakyat Umno, MCA, MIC dan Gerakan".

Katanya, mereka boleh bersama-sama - sama sama da secara bersendirian atau secara beramai menyertai gagasan politik baru ini bagi membina Malaysia baru yang lebih selamat, sejahtera dan makmur buat rakyat Malaysia keseluruhannya.

hadi awang 010807

Abdul Hadi berkata, ternyata hasil dari gelombang kebangkitan rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, BN kini sudah semakin dipinggirkan rakyat dan sudah semakin tidak relevan dalam arus politik negara.

Oleh itu, katanya, semua pihak perlu realistik dan menerima hakikat politik semasa ini dengan lapang dada.

Tuntutan rakyat

Abdul Hadi mengharapkan, melalui gagasan pakatan politik baru ini nanti, dapatlah semua pihak bersatu dan sama-sama menyusun agenda dan halatuju baru negara demi nasib dan masa depan semua rakyat tanpa mengira agama atau bangsa.

Presiden PAS turut menegaskan bahawa gagasan pakatan baru itu nanti perlulah memberi keutamaan kepada desakan dan tuntutan rakyat iaitu antaranya adalah:

pas pkr dap stadium melawati shah alam 310308 02 bullet button Menyemak semula dengan meminda atau menghapuskan mana-mana undang-undang dan peraturan yang zalim dan mendiskriminasi terutamanya Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), Akta Univerisiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan yang seumpamanya.

bullet button Segera melakukan reformasi terhadap amalan demokrasi dalam negara dengan memulihkan proses pilihan aya di Malaysia sebagaimana yang dituntut rakyat dan badan bukan kerajaan, khususnya yang melibatkan bidang tugas dan operasi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

bullet button Memperkasa dan memberikan kebebasan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai sebuah agensi pencegahan rasuah yang efektif dan tidak lagi mengamalkan pendakwaan berpilih.

bullet button Mengembalikan keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman negara dengan memastikan ianya benar-benar bebas dan tidak tertakluk kepada mana-mana badan atau kuasa politik.

"Adalah diharapkan cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh semua pihak demi kebaikan dan kesejahteraan bersama," kata Abdul Hadi.

ADS