Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1 orang = 10 kad SIM saja
Diterbitkan:  Apr 1, 2008 10:37 PM
Dikemaskini: 2:40 PM

Pengguna telefon bimbit dilarang memiliki lebih 10 kad SIM (pembawa pesan segera ringkas) daripada satu syarikat telekomunikasi, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pengedar telefon itu juga diwajibkan mengirim butiran peribadi pengguna secara langsung kepada SKMM melalui alat pembaca MyKad GPRS, lapor laman web The Star Online hari ini.

Pengerusi suruhanjaya itu Datuk Dr Halim Shafie berkata langkah-langkah baru itu diperkenalkan untuk menghalang salah guna telefon bimbit dan meningkatkan keselamatan butiran pengguna.

Garis panduan baru itu, tambahnya, turut mewajibkan syarikat pembekal talian mengemaskini butiran pengedar-pengedarnya.

Jika gagal, syarikat boleh mengenakan penalti kepada pengedar, termasuk menggantung atau menamatkan kontraknya.

ADS