Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Kenapa larang kami ke sekolah?
Diterbitkan:  Apr 2, 2008 2:30 PM
Dikemaskini: 2:52 PM

DAP menuntut penjelasan daripada Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sama ada benar pengarah pelajaran negeri telah diarahkan agar tidak membenarkan ahli politik pembangkang melawat atau menghadiri majlis di sekolah.

Pengerusi biro undang-undang DAP Selangor, Lim Lip Eng berkata, jika Hishammuddin enggan menjawabnya, tetapi masih mahu meneruskan langkah ‘tersembunyi’ itu, parti itu akan meminta ibu bapa supaya memaklumkan kepadanya jika mereka mengetahui ada ahli politik BN melawat sekolah anak-anak mereka.

dap mca debate letter invite pc140607 lim lip eng Beliau yang juga ahli parlimen Segambut berkata, ahli-ahli politik BN itu termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak atau pemimpin utama parti-parti komponen BN yang lain.

"Dan saya akan mendapatkan bantuan ahli-ahli DAP, rakan dari parti-parti pembangkang lain, badan bukan kerajaan (NGO), malah pasukan polis, untuk menghalang mereka masuk ke kawasan sekolah," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selepas pilihanraya umum lalu, katanya, beliau sendiri pernah dilarang oleh seorang guru besar untuk melawat sebuah sekolah, dipercayai setelah menerima arahan berbuat demikian.

"Memandangkan para ibubapa menolak BN di enam negeri (termasuk Wilayah Persekutuan), saya yakin mereka juga pastinya tidak mahu mereka (pemimpin BN) ke sekolah bagi mempengaruhi anak-anak mereka," kata Lim.

'Wilayah BN'

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, pakatan pembangkang berjaya menawan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. PAS pula berjaya mengekalkan Kelantan. Pembangkang turut menang 10 daripada 11 kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan.

pkr keadilan pas dap "Adalah jelas bahawa wujud broker kuasa yang sedang aktif cuba untuk menjadikan semua sekolah sebagai 'wilayah Barisan Nasional'.

"Ini terbukti daripada kenyataan ketua pengaran pendidikan, Alimuddin Mohd Dom apabila beliau enggan mengulas apabila ditanya sama ada pengarah pendidikan (negeri) telah diarah melarang lawatan ahli politik pembangkang ke sekolah.

"Jika pengarah pendidikan benar-benar telah diarahkan supaya tidak membenarkan lawatan ahli politik parti pembangkang, maka ia satu tindakan kurang sopan yang tidak menghormati pilihan rakyat (dalam pilihanraya)," katanya lagi.

Ahad lalu, Alimuddin dilaporkan berkata hanya pegawai Kementerian Pelajaran dibenar merasmikan majlis yang diadakan di sekolah bagi mengelak ia dipolitikkan.

Berikutan itu, katanya, pihak kementerian akan menghantar surat pekeliling ke sekolah untuk memaklumkan kepada mereka mengenai perkara tersebut.

'Tindakan memalukan'

sos damansara school reopening 030108 front Menurut Alimuddin, mereka yang dibenar merasmikan majlis atau acara di sekolah termasuklah menteri pelajaran, timbalan menteri pelajaran, ketua pengarah pelajran, dan pengarah pelajaran negeri atau wakil-wakil mereka.

Guru besar sekolah pula, katanya, mesti mendapatkan kebenaran pengarah pelajaran negeri terlebih dahulu jika mereka mahu menjemput orang luar untuk berbuat demikian.

"Saya sangka, sebagai seorang yang arif dalam bidang pendidikan, ketua pengarah dapat menyelesaikan masalah itu, dengan membetulkan yang salah," tambah Lim.

Sehubungan itu, Lim mengecam tindakan manipulasi seumpama itu di sekolah-sekolah untuk kepentingan politik oleh BN.

"Jika mana-mana pihak berkuasa sekolah membenarkan tindakan tidak demokratik dan berat sebelah dilaksanakan, maka mereka sepatutnya merasa malu menjadi guru kepada anak-anak kita," katanya.

ADS