Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas menteri kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengetahui individu yang bertanggungjawab merakam secara rahsia hubungan seksnya di sebuah hotel sehingga meruntuhkan kerjaya politiknya awal tahun ini.

Beliau, yang juga naib presiden MCA, bagaimanapun enggan mendedahkan individu tersebut tanpa bukti kukuh.

"Saya tidak bukti siapa di belakang rakaman itu... Saya tidak tahu siapa yang melakukannya (dengan pasti) tetapi saya ada sebab mempercayai siapa di belakangnya," kata Chua dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini kelmarin.

"Memanglah saya tidak ada bukti kukuh, jadi tidak adil jika saya mendedahkannya (nama) hanya bersandarkan dugaan."

Chua sebelumnya pernah mendakwa "musuh-musuh politiknya" terlibat dalam kontroversi video tersebut yang menggemparkan negara awal Januari lalu.

Beliau waktu itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama atau pihak terbabit.

Ahli politik berusia 61 tahun itu melepaskan semua jawatan dalam kerajaan dan parti selepas dua keping cakera padat video, memuatkan rakaman kira-kira 90 minit, menunjukkan perlakuan seksnya dengan seorang wanita yang didakwa "teman peribadinya".

Rakaman seks itu, di sebuah hotel di Batu Pahat, Johor, kemudian disebarkan di beberapa tempat di negeri itu.

Sebelum itu Chua memegang jawatan ketiga paling penting dalam MCA dan sering dilihat pencabar terdekat presiden Datuk Seri Ong Ka Ting.

Berita asal

Transkrip wawancara

ADS