Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Wilders bongkak, kepala batu
Diterbitkan:  Apr 4, 2008 9:33 PM
Dikemaskini: 1:36 PM

Dewan Muslimat PAS menyifatkan pengarah filem Fitnah sebagai seorang ahli politik Belanda yang "bongkak" dan "kepala batu".

Keengganannya memohon maaf kepada umat Islam walaupun setelah didesak oleh perdana menteri negara itu menunjukkan sikap sebenarnya, kata setiausaha pergerakan itu, Aiman Athirah Al Jundi.

"Keengganan Wilders untuk menerima nasihat daripada anggota-anggota parlimen Belanda yang lain termasuklah perdana menteri Belanda ... jelas menampakkan sikap 'bongkak' dan 'kepala batu' ahli parlimen tersebut," katanya.

Beliau menyifatkan Wilders seorang yang tidak peka dan tidak ambil kisah tanggapan orang lain melainkan dirinya sendiri.

Dalam wawancara dengan sebuah stesen TV negera itu, pengarah filem kontroversi itu berkata "so, what the hell? It's their problem, not my problem" (jadi peduli apa mereka? Itu masalah mereka, bukan masalah saya).

Muslimat juga mendesak kerajaan Belanda mengambil tindakan proaktif bagi membendung usaha Wilders untuk membuat majlis penerangan dengan berbekal Fitna.

"Kegilaan Wilders mengungkapkan bahawa 'al-Quran is license to kill' merupakan suatu (kenyataan) yang sangat berbahaya dan mengancam keselamatan manusia sejagat," kata Aiman Athirah lagi.

"Dewan Muslimat juga memandang serius terhadap beberapa cadangan Wilders kepada kerajaan Belanda, antara lainnya: pemberhentian kemasukan orang-orang Islam ke Belanda, pembekuan pembinaan masjid-masjid baru dan penutupan sekolah-sekolah penganut Islam."

ADS