Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Paling lama: Taib ingin bersara
Diterbitkan:  Apr 5, 2008 10:27 PM
Dikemaskini: 8:03 PM

Ketua Menteri Sarawak, pemimpin paling lama berkhidmat di negara ini, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menunjukkan kesediaannya bersara daripada aktif berpolitik.

"Cucu saya panggil saya nenenda, anak-anak saya memanggil saya ayahanda.

"Itu membuatkan saya sedar saya semakin tua dan ia adalah masa untuk saya berundur daripada politik," kata Taib seperti dilaporkan Bernama .

abdullah visits taib mahmud 110206 Beliau, yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), mengambil alih jawatan itu sejak 1981.

Taib, 72, ditemui pada majlis kesyukuran anaknya Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman yang memenangi kerusi parlimen Kota Samarahan.

Kerusi ini disandang Taib sejak 1970 hingga penggal lalu sebelum diserahkan kepada Sulaiman - memberi isyarat akan berundur.

Majlis di Kuching itu juga bagi meraikan pelantikan Sulaiman sebagai timbalan menteri pelancongan.

Taib mula mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen pada 1967, waktu itu usianya baru 31 tahun, bawah perdana menteri Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan setahun kemudian dilantik menteri muda perdagangan dan perindustrian.

Beberapa bulan selepas Tun Abdul Razak menggantikan Tunku Abdul Rahman - susulan tragedi 13 Mei 1969 - Taib dilantik timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada 1972, beliau tersenarai sebagai menteri sumber asli dan beberapa lagi portflio bawah kepemimpinan Razak dan Tun Hussien Onn sehingga 1981.

Peguam lulusan Australia itu dilantik kepada jawatannya sekarang pada 26 Mac 1981 selepas menang tanpa bertanding di kerusi negeri Sebandi.

Pakatan yang diketuai bapa saudaranya sendiri, bekas gabenor Tun Abdul Rahman Yakub, untuk menumbangkan Taib pada 1987 - dikenali 'Ming Court Affair' - gagal.

Kumpulan ahli politik Sarawak yang bermarkas di hotel Ming Court, Kuala Lumpur itu mendakwa Taib membelakangkan bumiputera dan mengutamakan tauke Cina dan pemimpin-pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

ADS