Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kini tersebar berita bahawa naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak akan bertanding jawatan ketua Pemuda tetapi akan meletakkan calon proksinya bagi merebut jawatan tersebut.

khairy jamaluddin 061107 Khairy sendiri tidak berani menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum 8 Mac.

Malah, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri terpaksa melepaskan jawatan ketua Pemuda Umno kerana tindak-tanduk beliau serta kenyataannya yang dipercayai menjadi antara sebab kekalahan BN dan Umno.

hishammuddin hussein 01 Ia termasuk isu Hishammuddin menghunus keris di perhimpunan agung Umno yang menyebabkan kalangan bukan Melayu, termasuk parti-parti komponen BN sendiri, merasa tidak senang.

Khairy pula mencetuskan kontroversi apabila beliau didakwa menyampaikan ucapan yang dikatakan memperlekeh sumbangan sayap-sayap Pemuda komponen lain BN.

ismail sabri yaakob Calon yang dijangka dicalonkan sebagai proksi Khairy ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob yang pernah aktif sebagai exco Pemuda Umno.

Perkara ini mula diperkatakan di kalangan ahli-ahli pergerakan tersebut sejak minggu lalu.

Pengalaman luas

Ismail, lulusan undang-undang, dilahirkan pada 18 Januari 1960 di Temerloh, Pahang.

Tiada had umur ditetapkan bagi mereka yang hendak bertanding jawatan ketua Pemuda Umno.

Had umur hanya dikenakan bagi jawatan naib ketua dan jawatan lain dalam pergerakan tersebut.

Ismail yang masuk penggal kedua menjadi ahli parlimen Bera pernah menjadi setiausaha politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabaruddin Chik pada 4 ogos 1995.

Beliau pertama kali bertanding di parlimen Bera pada 2004. Pada masa ini, beliau merupakan ketua bahagian Umno Bera.

Ismail menjadi exco pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada tahun 2000 hingga 2003.

Ketika itu beliau dilantik sebagai pengerusi biro pembelaan dan pembangunan masyarakat pergerakan tersebut.

Beliau juga pernah dilantik sebagai pengerusi Biro Belia Pemuda Umno di peringkat pusat dan Pahang.

Ismail juga merupakan ahli Majlis Undangan Belia Negara sejak 2000.

Sehingga ini, bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo dan exco Pemuda Umno, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, telah menyatakan kesediaan mereka dicalon bertanding jawatan ketua pergerakan tersebut.

ADS