Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengkritik akhirnya cium tangan PM
Diterbitkan:  Apr 9, 2008 4:07 PM
Dikemaskini: 7:00 PM

Di tengah gelombang penentangan penulis blog terhadap perdana menteri, seorang daripada mereka yang lantang mengecam Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat pusingan U politik.

Zaharin Mohd Yassin, satu-satunya ahli Umno yang dipecat kerana mengkritik keras Abdullah melalui blognya, kelihatan mencium tangan Abdullah di lapangan terbang Kota Kinabalu kelmarin.

sang kelembai zaharin cuim kiss pak lah 090408 Zaharin, juga popular dengan nama 'Sang Kelembai', dilaporkan menunggu presiden Umno sewaktu lawatannya ke Sabah pada Isnin.

"Abdullah yang tidak menyangka kehadiran Zaharin kelihatan kaget dengan kejadian itu dan membiarkan Zaharin bermonolog sendiri," lapor penulis politik Mohd Sayuti Omar di blognya 'Merah Tinta MSO' (msomelayu.blogspot.com) semalam.

Laporan Mohd Sayuti itu, yang juga pemilik akhbar mingguan politik Siasah , turut memuatkan tiga keping foto saat-saat dramatik itu.

Penulis blog 'Sang Kelembai' (sangkelembai2006.blogspot.com) dipecat daripada Umno pada September 2006.

Sewaktu mengumumkan tindakan tatatertib itu, Abdullah berkata Majlis Tertinggi (MT) sebulat suara memecat Zaharin selepas meneliti laporan Jawatankuasa Pengurusan dan Lembaga Disiplin Umno.

Setiausaha agung waktu itu Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad pula berkata MT memutuskan untuk mengenakan hukuman lebih berat daripada cadangan oleh lembaga disiplin Umno.

Bagaimanapun belum jelas, setakat ini, tujuan pertemuan antara penulis itu dengan perdana menteri.

abdullah ahmad badawi and internet cyberwar Sehari sebelum pertemuan itu, Zaharin yang pernah menjadi setiausaha bahagian Umno Bandar Tun Razak menulis bahawa krisis dalaman parti itu umpama tragedi tenggelamnya kapal Titanic.

"Inilah yang terjadi kepada 'saya perdana menteri' dan 'saya ada di sini' Abdullah Hj Ahmad yang dibantu oleh perdana menteri de facto yang terdiri anaknya sendiri bernama Kamalludin Abdullan dan menantunya Khairy Jamalludin Abu Bakar dengan bantuan mereka di tingkat 4, Perdana Putra.

"Sekarang Abdullah Hj Ahmad berkata bahawa kekalahan Umno adalah disebabkan kerana sabotaj.

"Satu tuduhan yang tidak ada pembuktian, bukankah ketua gerombolan mensabotaj Umno diketuai oleh anak dan menantunya sendiri?" katanya dalam artikel 'Umno dan Titanicnya' pada 6 April.

ADS