• 'Tindakan kejam' pada tahanan ISA
  • 1207906166
  • kemaskini 10:35pm Kem tahanan Kamunting di Taiping didakwa sengaja tidak menyediakan khidmat jagaan kesihatan kepada seorang pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf), P Uthayakumar, yang mengalami sakit kencing manis.

    uthayakumar new look taiping hospital 090408"Akibat kecuaian nyata dan kekejaman itu, Uthayakumar jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital (foto kiri: wajah terbaru Uthayakumar dari wad)," kata presiden Aliran Kesedaran Negara (Aliran), P Ramakrishnan dalam satu kenyataan hari ini.

    "Sukatan gula dalam darahnya 18.8 - tahap yang membimbangkan. Jika beliau tidak menerima ubatan yang tetap, beliau boleh menghidap beberapa lagi penyakit yang berkaitan diabetes."

    "Buah pinggangnya mungkin rosak dan matanya pula dalam bahaya - sekadar menyebut beberapa penyakit yang berkaitan kencing manis. Kami juga difahamkan tahap kandungan protein dan asid urik berada di tahap sangat tinggi."

    Ramakrishnan berkata kem itu melayan tahanan tanpa rasa perikemanusiaan dan hak Uthayakumar untuk mendapatkan ubat telah dinafikan walaupun berkali-kali perkara itu dimaklumkan kepada pihak kem.

    bm lima tahanan hindrafTunangnya S Indradevi telah menyerahkan ubat-ubatan kepada pusat tahanan Kamunting, kata Ramakrishnan lagi, dengan harapan ia akan diserahkan Uthayakumar.

    "Tetapi tidak diserahkan (kepada pesakit).

    "Tunangnya itu dilaporkan berkata Uthayakumar telah menulis enam pucuk surat kepada pengarah kem itu tetapi tidak pernah dijawab. Ubat-ubatan itu disyorkan oleh doktor untuk rawatan pada Januari," kata Aliran lagi.

    "Pihak berkuasa kem Kamunting mesti diberikan kursus segera berhubung harga diri manusia agar mereka boleh bertindak seperti seorang manusia dan melayan orang lain bawah jagaan mereka dengan rasa hormat dan belas ehsan.

    "Setakat ini tingkah laku mereka sungguh memalukan, layak dikecam oleh seluruh masyarakat antarabangsa yang bertamadun."

    MIC akhir bulan lalu - menyertai gesaan bertubi-tubi pembangkang dan badan bukan kerajaan - mendesak lima pemimpin Hindraf itu, termasuk Uthayakumar, dibebaskan dengan alasan, antaranya, beberapa daripada mengalami masalah kesihatan.

    Presidennya Datuk Seri S Samy Vellu menyarankan dua daripada mereka dibebaskan lebih awal atas alasan R. Kenghadaran mengalami sakit teruk dan M. Manoharan menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

    Bekas menteri itu juga berkata dua lagi ketua Hindraf wajar dibebaskan - V. Ganabatirau dan K. Vasantha Kumar - kerana "pembabitan mereka tidak begitu mendalam" dalam demonstrasi besar di Kuala Lumpur 25 Nov lepas.

    Kelima-lima pemimpin Hindraf itu kini merengkuk di kem tahanan Kamunting di Taiping sejak 13 Disember lalu.

    Pada 3 April, pertemuan Samy Vellu dengan menteri berkenaan Datuk Seri Syed Hamid Albar gagal membuahkan hasil.
    • Samy gagal pujuk bebas 5 Hindraf
    • Kenapa tahan Hindraf, Umno bebas?
    • ISA: Syed Hamid rosakkan imej PM
    • ISA: Samy Vellu 'talam dua muka'
    • Bebaskan Mano untuk angkat sumpah
    • Samy: Bebaskan pemimpin Hindraf
    • Syed Hamid ulas kes Manoharan
    • Lagi desakan bebas pemimpin Hindraf
    • Hindraf calon Manoharan TMB S'gor
    • Sukatan gula membimbangkan
    • Ubah tidak diserahkan pada tahanan