Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Black 14: Polis ke rumah pemimpin PKR
Diterbitkan:  Apr 15, 2008 11:25 AM
Dikemaskini: 11:36 AM

Polis mengunjungi kediaman ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan naib presiden PKR Azmin Ali berhubung perhimpunan 'Black 14' di Kampung Baru malam tadi.

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 09 Sepasukan tiga anggota polis tiba di rumah Anwar di Bukit Segambut kira-kira jam 6.30 pagi untuk menyampaikan notis siasatan kepada isteri beliau yang juga presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung perhimpunan tersebut sebagai menandakan berakhirnya larangan lima tahun ke atas Anwar untuk berpolitik.

Bagaimanapun, apabila diberitahu bahawa Wan Azizah tiada masa untuk memberi kenyataan kepada polis, beliau telah diminta hadir untuk berbuat demikian di balai polis Dang Wangi pada jam 3.30 petang ini.

Polis memberitahu bahawa kenyataan tersebut berkaitan dengan siasatan berhubung perhimpunan malam tadi yang tidak mendapat permit polis.

Difahamkan, Azmin sedang memberi kenyataan di balai polis Dang Wangi.

Manakala timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali sedang mengadakan sidang akhbar pada jam 11 pagi berhubung perkara yang sama.

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 01 Kira-kira 20,000 menyertai perhimpunan tersebut di Kelab Sultan Sulaiman untuk mendengar ucapan Anwar selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

'Black 14, atau pernah disebut 'Gelita 14', disambut setiap tahun sebelum ini bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999.

Sambutan ini pada tahun-tahun awal 2000-an biasanya bersifat demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur anjuran aktivis Gerakan Reformasi dan penyokong PKR.

Laungan "Reformasi", yang menjadi slogan penyokongnya sejak beliau dipecat daripada kerajaan dan Umno pada 1998, dan "suara rakyat, suara keramat" hari ini kembali memecahkan keheningan malam di tengah-tengah ibu kota.

Laungan ini sering menggamatkan jalan-jalan ibu kota, termasuk Kampung Baru, sejak September sedekad lalu hinggalah 2001 - sebelum tangkapan 10 aktivis gerakan itu dan pemimpin PKR bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman kelmarin berkata PKR tidak memohon permit untuk perhimpunan tersebut.

Kelab Sultan Sulaiman yang bersejarah - termasuk menganjurkan perhimpunan persatuan-persatuan Melayu untuk menubuhkan Umno pada 1946 - kini dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, selaku menteri besar baru negeri Selangor.

ADS