Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR bantah keras tindakan polis
Diterbitkan:  Apr 15, 2008 12:40 PM
Dikemaskini: 6:30 AM

PKR membantah sekeras-kerasnya tindakan polis terhadap beberapa pemimpin kanan parti itu berhubung perhimpunan 'Black 14' di Kampung Baru malam tadi.

Mereka yang sedang dalam siasatan termasuklah presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail, menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, naib presiden Azmin Ali dan pembantu khas menteri besar itu Yahya Shari.

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 23 "Mereka telah disaman oleh polis supaya hadir ke Balai Polis Dang Wangi jam 3 petang ini.

"Mereka akan hadir hanya selepas melihat aduan polis yang dibuat," kata Syed Husin.

Menurutnya, pihak polis telah menunggu di luar rumah mereka seawal jam 6.00 pagi untuk menyampaikan saman.

"Dipercayai polis hendak menyiasat mereka berhubung sebuah perhimpunan pada 14 April 2008.

"Khabarnya polis bertindak kerana menerima aduan mengenai perhimpunan tersebut," kata Syed Husin dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menganggap tindakan polis ke atas pemimpin-pemimpin PKR itu sebagai "satu bentuk ugutan dan provokasi".

Mesti adil

"Mereka begitu cepat sekali bertindak ke atas pemimpin-pemimpin ini selepas menerima aduan.

"Kami harap secara adil, pihak polis bertindak cepat juga apabila menerima aduan tentang hal-hal lain daripada pihak kami atau pihak-pihak lain," tegasnya.

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 22 Syed Husin berkata pihaknya menganggap tindakan tersebut sebagai "berniat jahat" (mala fide).

"Satu pertemuan telah diadakan antara pihak polis (termasuk timbalan ketua polis Kuala Lumpur dan lain-lain), wakil penganjur (Yahya Shari) yang juga pembantu khas menteri besar Selangor dan wakil-wakil Kelab Sultan Sulaiman (Datuk Rahman dan Datuk Mokhtar)

"Penjelasan telah diberi tentang program perhimpunan. Penjelasan ini diikuti secara bertulis oleh pihak penganjur dan juga oleh menteri besar Selangor sendiri.

"Status perhimpinan itu dari segi undang-undang tidak pernah timbul dalam perbincangan ataupun surat-menyurat yang berikutan. Perhimpunan itu diadakan di kawasan persendirian.

"Seperti yang diketahui pihak polis, perhimpunan itu berjalan secara aman dan terkawal," tegas Dr Syed Husin sambil menambah ia diadakan dengan teratur dalam lingkungan kawasan Kelab Sultan Sulaiman.

"Perhimpunan itu telah diberhentikan selepas pegawai polis meminta saudara Anwar Ibrahim menamatkan ucapan.

20,000 hadir

"Tidak ada bantahan daripada perhimpunan, penganjur atau Anwar sendiri terhadap tindakan polis (untuk bersurai malam tadi). Segalanya berakhir dengan aman dan baik pada jam 10.30 malam," katanya.

Sementara itu, Wan Azizah yang turut hadir di sidang akhbar tersebut berkata, beliau tidak dapat pergi ke balai polis petang ini untuk memberikan kenyataan.

anwar ibrahim april 14 kg baru event 150408 21 "Jadual saya penuh hari ini. Saya tidak dapat ke (balai polis) Dang Wangi," katanya.

Pada masa yang sama, para peguam PKR juga menuntut untuk melihat laporan polis berhubung perkara tersebut sebelum memutuskan sama ada pemimpin-pemimpin PKR terbabit akan memberi kenyataan mereka.

Wan Azizah berkata, Anwar juga tidak berada dalam negeri kerana telah berlepas ke Abu Dhabi awal pagi ini.

Kira-kira 20,000 penyokong pembangkang, khususnya PKR, menyertai perhimpunan di kelab bersejerah itu malam tadi.

Program yang digelar "Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat" dianjurkan sempena tamatnya larangan berpolitik terhadap Anwar esok.

Selepas muncul pada 9.15 malam, Anwar menyampaikan ceramah lebih satu jam sebelum polis mengeluarkan larangan.

Menurutnya, polis meminta program itu dihentikan kerana jumlah orang ramai semakin besar daripada jangkaan awal, kira-kira 10,000 orang.

ADS