Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Cakaplah perpaduan Malaysia!
Diterbitkan:  Apr 17, 2008 12:24 PM
Dikemaskini: 5:19 AM

Kini bukan lagi masanya untuk bercakap mengenai perpaduan kaum Melayu, Cina, India atau Kadazan, kata seorang pemimpin kanan Gerakan.

Sebaliknya, tegas naib presiden Gerakan, Datuk Dr S Vijayaratnam, kini merupakan masa untuk menumpukan kepada soal perpaduan seluruh rakyat Malaysia.

Katanya, perkembangan ini jelas dapat dilihat daripada keputusan pilihanraya umum lalu apabila rakyat tidak mengundi mengikut garis parti kaum.

malaysians 050905 "Pengundi pelbagai kaum telah beralih menyokong pembangkang. Jelas sekali bahawa pengundi Cina memangkah PAS, manakala pengundi Melayu pula menyokong (simbol) roket," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, katanya, sekarang adalah masa untuk bercakap mengenai perpaduan rakyat Malaysia yang bukan lagi berasaskan kepada garis kaum.

"Itulah yang rakyat mahu dan ia akan menjadi tumpuan menjelang pilihanraya umum yang akan datang," tambah Vijayaratnam.

Barisan Nasional, katanya, mesti bersedia menerima realiti tersebut bagi mengelak sebarang polemik.

Beliau berkata, walaupun bukan mudah memandangkan wujudnya parti-parti berasaskan kaum dalam BN, tetapi ia bukanlah sesuatu isu yang tidak boleh diatasi.

"Ia perlukan komitmen, tetapi adalah mustahak bagi BN menerima falsafah kepelbagaian kaum supaya kekal relevan dan menebus semula kekalahan dalam pilihanraya umum lalu.

"Kita mesti dengar suara rakyat," tegas Vijayaratnam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS