Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Doa saya dimakbulkan, kata Tun Salleh
Diterbitkan:  Apr 18, 2008 11:29 AM
Dikemaskini: 3:41 AM

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas bersyukur kepada Allah kerana selepas menunggu selama 20 tahun, doanya akhirnya dimakbul.

Itu adalah reaksinya selepas kerajaan mengumumkan memberikan bayaran ex-gratia kepada bekas hakim-hakim yang dipecat ketika berlaku krisis kehakiman pada 1988.

bar council judiciary dinner 170408 salleh abas interviewed Salleh dipecat pada Ogos 1988 selepas menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pihak hakim-hakim itu, yang menyuarakan kekecewaan berhubung dakwaan yang dibuat oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, demikian menurut laporan Bernama.

Lima hakim Mahkamah Persekutuan (ketika itu dikenali sebagai Mahkamah Agung) yang membenarkan beliau (Salleh) dengan perintah interlokutori terhadap tribunal yang diketuai oleh penggantinya, juga digantung tugas pada Julai tahun yang sama, tetapi tiga daripada mereka dikembalikan semula jawatan pada Oktober.

bar council judiciary dinner 170408 azmi kamaruddin Ketiga-tiga mereka - Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Wan Hamzah Wan Mohamed Salleh dan Tan Sri Eusoffe Abdoolcader - bagaimanapun dikembalikan semula jawatan tiga bulan kemudian.

Dua hakim lagi iaitu Datuk Seri George Seah dan Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, dipecat.

Eusoffe dan Wan Suleiman telahpun meninggal dunia.

"Saya tahu saya tidak boleh menang daripada segi undang-undang di hadapan kerajaan terdahulu tetapi doa saya dimakbulkan hari ini kerana saya diberikan kemenangan moral.

"Jadi malam ini semua orang boleh mengatakan yang kemenangan moral kini diberikan kepada saya," kata beliau kepada pemberita di akhir jamuan malam anjuran Majlis Peguam Malaysia di sini yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam ucapannya, Abdullah mengumumkan bahawa kerajaan membuat keputusan untuk membuat bayaran ex-gratia kepada Salleh dan lima hakim lagi atas sumbangan mereka kepada negara.

ADS