Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM umum 3 timbalan menteri baru
Diterbitkan:  Apr 18, 2008 6:00 PM
Dikemaskini: 3:55 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pelantikan tiga lagi timbalan menteri.

Datuk Maznah Mazlan yang dilantik sebagai timbalan menteri sumber asli dan alam sekitar.

rahim bakri Manakala Datuk Abdul Rahim Bakri (foto kanan) pula sebagai timbalan menteri luar dan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin (foto bawah) sebagai timbalan menteri

pengangkutan.

lajim ukin Dalam satu kenyataan hari ini, perdana menteri berkata Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan tiga timbalan menteri berkenaan.

Maznah, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah di Pahang, manakala Abd Rahman dan Lajim masing-masing ahli parlimen Kudat dan Beafort di Sabah.

maznah mazlan Beliau berkata, Maznah akan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara dalam tempoh terdekat bagi membolehkannya memegang jawatan tersebut

Mereka akan mengangkat sumpah di depan Seri Paduka Baginda pada Rabu minggu depan.

Tiga kekosongan itu susulan pengunduran Datuk Abdul Ghapur Salleh daripada jawatannya sebagai timbalan menteri sumber asli dan alam sekitar.

Tindakan menggemparkan Abdul Ghapur, ahli parlimen Kalabakan, itu mengikut jejak dua lagi ahli parlimen Umno yang enggan menerima jawatan timbalan menteri selepas nama mereka diumumkan dalam barisan kabinet pada 18 Mac.

Ahli parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman, menolak jawatan timbalan menteri pengangkutan.

Manakala ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, menolak jawatan timbalan menteri luar.

Kedua-duanya dilaporkan menolak, antaranya, dengan alasan telah lama berkhidmat dan sewajarnya diberikan jawatan menteri.

Penolakan seumpama itu dipercayai pertama kali berlaku.

Lepas jawatan exco

Sementara itu, menteri besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Maznah yang juga ketua Wanita Umno Pahang, akan melepaskan jawatannya sebagai exco kerajaan negeri Pahang.

Katanya, Maznah akan mengosongkan jawatan itu sebelum mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri yang dijadualkan pada 23 April ini.

Maznah merupakan exco kerajaan negeri Pahang sejak tahun 2000, dengan memegang portfolio jawatankuasa pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, dan jawatankuasa pelancongan, perpaduan, kebudayaan, kesenian dan warisan.

ADS