Najib pandang berat isu wakil BN lompat
Apr 25, 08 12:57pm
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) memandang berat dakwaan kononnya sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen BN akan menyertai pembangkang bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.

najib tun razak 01"Kita tidak boleh mengetepikan saja laporan ini. Memanglah ada elemen mainan politik (dalam dakwaan ini) tetapi kita tak boleh pandang ringan," kata timbalan perdana menteri kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen BN akan menyertai Pakatan untuk membolehkannya membentuk kerajaan kerajaan selewat-lewatnya 16 September.

Gabungan pembangkang kini mempunyai 82 wakil dalam Dewan Rakyat berbanding 140 daripada BN. Pakatan Rakyat memerlukan 30 lagi kerusi untuk mencapai majoriti dua pertiga.

Ketika ditanya sama ada BN akan berbuat sesuatu untuk memastikan semua ahli parlimennya tidak menyertai pembangkang, Najib berkata:
"Kita akan lakukan sesuatu tetapi saya tidak akan beritahu anda.

"Kita dengar ura-ura (lompat parti) ini tetapi tidak ada siapapun yang datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada BN.

"Namun, kita tetap pandang berat dan tidak boleh ketepikannya walaupun ada unsur mainan politik."
Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 2800+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner