Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Baca 2 buku setahun, macam 1996
Diterbitkan:  Apr 26, 2008 10:47 PM
Dikemaskini: 9:58 PM

Orang Malaysia tidak suka membaca buku, masih lagi purata dua buku setahun seperti tinjauan pada 1996, kata ketua setiausaha Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dr Muzahet Masruri.

Beliau berkata Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia pada 2005 yang dijalankan Perpustakaan Negara Malaysia (PMN) menunjukkan amalan membaca negara ini berada pada peratusan yang tidak berbeza lebih sedekad lalu, lapor Bernama .

Tambahnya, kekurangan minat ini menuntut usaha berganda menerusi kerjasama semua pihak termasuk sekolah, agensi kerajaan, persatuan industri buku dan badan bukan kerajaan (NGO).

"Kementerian menerusi PNM telah mengorak langkah tanpa jemu menganjurkan program menyemai dan memupuk minat membaca dengan memberi fokus kepada murid-murid pra sekolah," beliau dilaporkan berkata semasa berucap merasmikan program "Lets Read Together" di perpustakaan itu, hari ini.

ADS