Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syed Ali letak jawatan tim pengerusi BN
Diterbitkan:  Apr 29, 2008 11:36 PM
Dikemaskini: 6:41 PM

Ketua bahagian Umno Cheras, senator Datuk Syed Ali Alhabshee hari ini meletak jawatan sebagai timbalan pengerusi Barisan Nasional bagi kawasan parlimen Cheras, berkuatkuasa serta-merta.

Timbalan ketua bahagian Umno Cheras, Datuk Mahadi Shukor memberitahu satu sidang akhbar bahawa surat peletakan jawatan Syed Ali akan dihantar kepada pengerusi BN Cheras, Datuk Sri Yee Hock Seng esok.

syed ali al habshee Bernama memetik Mahadi sebagai berkata, Syed Ali (foto) meletak jawatan tersebut kerana rasa bertanggungjawab terhadap kekalahan BN di kawasan parlimen dalam pilihanraya umum lalu, walaupun ia bukan kerusi Umno.

Syed Ali, 46, telah memegang jawatan tersebut sejak sepuluh tahun lalu.

Beliau tidak hadir di sidang akhbar tersebut.

Ahad lalu, Umno bahagian Cheras mengadakan mesyuarat agung tergempar (EGM) dan meluluskan 15 resolusi termasuk menggesa ketua badan perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Zulhasnan Rafique digantikan dengan ahli parlimen Putrajaya, Datuk Tengku Adnan Mansor, yang juga setiausaha agung Umno.

Ia ekoran kekalahan teruk BN Wilayah yang hanya memenangi tiga daripada 13 kerusi parlimen, termasuk Labuan.

Semalam, ketua penerangan Umno WP, Datuk Suhaili Abd Rahman berkata, 10 daripada 13 ketua Umno di Wilayah Persekutuan menyokong kepimpinan Zulhasnan.

Sebaliknya, kata Suhaili, Syed Ali yang harus terlebih dahulu meletakkan jawatan sebagai bertanggungjawab terhadap kekalahan BN di parlimen Cheras.

ADS