HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Iklaneka Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah 388 CAMPAIGN
PKR bawa isu Balkis ke BPR
Mei 2, 08 10:03pm
PKR Selangor hari ini membuat aduan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap bekas yang dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Selangor (Balkis) Zahrah Kechik berhubung dakwaan pemindahan RM9.9 juta badan itu.

Ketua penerangan parti itu Mohd Nasharudin Abdul Aziz menyerahkan laporan 15 halaman kepada seorang pegawai BPR berhubung kontroversi itu yang melibatkan isteri bekas menteri besar Datuk Dr Mohamad Khir Toyo

Mohd Nasharudin dengan diiringi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Badrul Hisham Shaharin dan 20 penyokong ke pejabat BPR negeri di Shah Alam kira-kira 2.45 petang, lapor Bernama.

Ketua penerangan berkata laporan itu dibuat setelah Balkis dilaporkan memindahkan dana ke akaun Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) tanpa mengikut perlembagaan.

Laporan itu dikemukakan kepada Mohd Anuar Ismail.

Mohd Nasharudin berkata beliau dimaklumkan laporan itu pertama kali dibuat dalam isu terbabit.

“Kita menuntut penyiasatan terhadap dana wang Balkis ini kerana ia dilakukan tidak mengikut prosedur sewajarnya," beliau dipetik sebagai berkata.
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner