Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO India gesa Hindraf 5 dibebaskan
Diterbitkan:  May 3, 2008 12:52 PM
Dikemaskini: 4:59 AM

Gabungan Pertubuhan India Malaysia menyokong gesaan Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) supaya dibebaskan segera lima pemimpin mereka yang sedang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ia juga menggesa rakyat supaya turut menyokong rayuan mereka melalui kempen poskad di seluruh negara, meminta perdana menteri supaya membebaskan segera pemimpin HIndraf terbabit.

bm lima tahanan hindraf Kempen itu juga bertujuan untuk meyakinkan kerajaan bahawa keputusannya untuk menahan mereka adalah satu penyalahgunaan proses undang-undang.

Setiausaha gabungan tersebut, Gunaraj George berkata, persepsi rakyat bahawa penahanan pemimpin Hindraf itu adalah wajar, kini semakin terhakis dan langkah segera perlu diambil untuk memperbetulkan keadaan.

"Kerajaan mungkin boleh mencadang tempoh bila mereka akan dibebaskan dan boleh meminta anggota (Hindraf) jangan mengadakan demonstrasi dan perhimpunan untuk menuntut pembebasan lima pemimpin mereka itu," katanya.

Lima pemimpin Hindraf itu - M Manohan, P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar - ditahan pada 13 Disember lalu bawah ISA selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, Manoharan, yang mewakili DAP, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi di kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, Selangor.

Hadap ke mahkamah

Beliau akan mengangkat pada pagi 8 Mei depan di Kem Tahanan Kamunting.

Gunaraj berkata, beliau yakin pemimpin Hindraf itu akan dibebaskan tidak lama lagi tanpa perlu melalui menjalani tahanan selama dua tahun, memandangkan kes mereka telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan implikasinya terhadap hak asasi manusia di Malaysia.

"Malaysia adalah sebuah negara yang progresif dan pesat membangun.

"Publisiti negatif bahawa kerajaan sedang menahan lima pemimpin masyarakat tanpa bicara, akan menjejaskan reputasi Malaysia di arena antarabangsa," katanya.

Menurut Gunaraj lagi, beliau pasti kerajaan menyedari perkara itu dan akan berbuat sesuatu untuk menyelamatkan reputasi negara.

Beliau juga menggesa kerajaan supaya sama ada membebaskan pemimpin Hindraf berkenaan atau mendakwa mereka di mahkamah.

"Adalah tidak adil untuk menahan mereka di bahawa ISA hanya kerana menyuarakan rasa tidak puashati mereka terhadap dasar-dasar kerajaan yang meminggirkan masyarakat India," katanya.

Menurutnya, pemimpin Hindraf bukanlah penjenayah dan ini harusi diambilkira boleh pihak berkuasa di samping terdapat undang-undang yang mencukupi untuk digunakan sekiranya mereka melakukan sebarang kesalahan.

ADS