Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan akhbar Herald untuk menyemak semula arahan kerajaan yang melarangnya menggunakan "Allah" dalam seksyen bahasa Malaysia.

Hakim Datuk Lau Bee Lan, dari bahagian rayuan dan kuasa-kuasa khas, membaca keputusan tersebut di mahkamah yang penuh sesak hari ini.

herald court case 050508 Beliau menolak hujah peguam kanan persekutuan, Azizah Haji Nawawi bahawa pengisytiharan yang dipohon oleh Herald itu sepatutnya didengar dalam saman sivil dan bukannya melalui semakan penghakiman, yang hanya terhad kepada arahan-arahan yang dibuat oleh kementerian berkenaan.

Archbishop Murphy Pakiam, bagi pihak Herald , memohon:

bullet button Kebenaran untuk memohon bahawa arahan kementerian melarang Herald menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya adalah batal dan tidak sah; dan Herald boleh menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya dan bahawa perkataan "Allah" bukan eksklusif untuk agama Islam sahaja.

bullet button Kebenaran untuk membatalkan keputusan kementerian melarang Herald menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

bullet button Mendapatkan perintah untuk Herald terus menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya sehingga pihak mahkamah membuat keputusan mengenai perkara tersebut.

herald the catholic weekly online 241207 Editor Herald , Father Lawrence Andrew yang kelihatan tersenyum selepas penghakiman tersebut dibaca, berkata: "Kita menanti keadilan. Kita akan tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya."

Pada 19 Mac lalu, pemohon, Titular Roman Catholic Archbishop dari Kuala Lumpur memfailkan permohonan semakan penghakiman terhadap menteri dalam negeri dan pihak kerajaan berhubung arahan melarang Herald menggunakan perkataan "Allah" dalam seksyen bahasa Malaysia akhbar tersebut.

Kementerian tersebut telah menahan permit Herald, yang diterbitkan setiap minggu, tahun lalu berhubung perkara tersebut, tetapi permitnya diperbaharui tanpa sayarakat selepas mendapat bantahan daripada masyarakat Katholik.

ADS