Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) berkata, perdana menteri, timbalan perdana menteri, pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan setiausaha SPR, peguam negara dan ketua polis negara, mesti bertanggungjawab terhadap pembatalan penggunaan dakwat dalam pilihanraya umum lalu.

Jurucakap Bersih yang juga pengarah eksekutif Suaram, Yap Swee Seng juga meminta pihak polis supaya meneruskan siasatan yang membawa kepada pembatalan penggunaan dakwat tersebut.

Beliau mendakwa, pihak polis telah memberi maklumat yang salah kepada SPR sehingga membawa kepada pembatalan tersebut.

"Sebenarnya, tiada sebarang bukti yang konkrit sehingga perlu penggunaan dakwat itu dibatalkan," katanya dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Bersih, kata Yap terkejut dengan jawapan menteri dalam negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar terhadap soalan ahli parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan mengenai pembatalan penggunaan dakwat tersebut.

"Saya meminta ketua polis negara bertanggungjawab dan meletakkan jawatan ekoran pembatalan itu.

"Begitu juga dengan SPR, yang perlu bertanggungjawab. SPR membatalkan penggunaan dakwat itu atas nasihat polis.

Pembaziran RM2.4 juta

"Sebaliknya, siasatan polis mendapati tiada individu/sindiket yang cuba menyeludup dakwat dari Thailand yang boleh disalahguna dalam pilihanraya umum," tegas Yap.

ap juga berkata, kenyataan setiausaha agung SPR, Datuk Kamarulzaman Mohd Noor bahawa pihaknya tidak boleh disalahkan ekoran pembatalan dakwat tersebut, tidak boleh diterima sama sekali.

amarulzaman dilaporkan membuat kenyataan tersebut pada 6 Mac iaitu dua hari sebelum hari mengundi pilihanraya umum lalu.

Jika SPR serius mahu mernggunakan dakwat itu, ia seharusnya menasihatkan perdana menteri tentang penggunaan dakwat dalam pilihanraya umum," katanya lagi.

erdahulu dalam satu sidang akhbar di parlimen, Fong bertanya siapakah individu yang membuat laporan polis itu.

Siapakah yang patut bertanggungjawab terhadap pembaziran RM2.4 juta untuk membeli dakwat tersebut?

Di manakah dakwat itu sekarang? Saya mahu perdana menteri menjawabnya," kata Fong.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS