Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gabem: 30% saham Bernas dikuasai negara luar
Diterbitkan:  May 10, 2008 3:02 PM
Dikemaskini: 7:04 AM

Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) mendakwa 30 peratus saham Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dikuasai oleh sebuah negara luar.

Bernas merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

"Saham Bernas telah dibeli secara konsisten oleh pihak tertentu sehingga mereka kini menguasai 30 peratus sahamnya," kata pengerusi Gabem, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Ekoran itu, Bernama memetik beliau sebagai meminta kerajaan menyediakan dana untuk membeli semula semua saham yang dimiliki oleh syarikat luar itu dan Bernas kembali dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan.

"Ini juga untuk mengurangkan permasalahan beras selain lesen pengagihan beras diberikan secara saksama kepada bumiputera," katanya kepada pemberita di Melaka malam semalam.

Rahim berkata, kerajaan diminta menguasai kembali 100 peratus saham Bernas

atau memastikan ia dijadikan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) demi menjaga kepentingan nasional ketika krisis makanan kini.

Gabem, tegasnya, tidak mahu Bernas berkongsi kuasa dengan pihak luar berkenaan pada suatu masa kelak dalam menangani hal-hal berkaitan komoditi itu.

Abdul Rahim berkata Gabem mahu kerajaan memastikan agensi-agensi yang menjadi pelaksana Dasar Ekonomi Baru (DEB) diwujudkan semula untuk kembali memainkan

peranan mereka seperti Pernas-Edar yang mengedar bahan-bahan binaan.

Beliau berkata industri bahan binaan kini dikawal atas faktor bekalan dan permintaan yang dikuasai pihak tertentu yang menyukarkan penyertaan bumiputera.

"Memandangkan keadaan itu, kedudukan pembangunan bumiputera dalam sektor bahan binaan tidak mendapat penyertaan sepenuhnya seperti yang dikehendaki,"

katanya.

Gabem juga mahu supaya satu dasar baru diperkenalkan kerajaan seperti langkah membenarkan import besi yang sepatutnya turut dimanfaat syarikat bumiputera dan bukan hanya syarikat gergasi.

Katanya syarikat bumiputera tidak harus sekadar menjadi penumpang dalam penerokaan peluang-peluang perniagaan baru.

Abdul Rahim berkata Gabem akan bertemu dengan pucuk pimpinan kerajaan bagi membincangkan perkara itu dalam masa terdekat.

ADS