Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Bahagian Umno Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan dakwaan bahawa beliau membelakangi parti dengan mengeluarkan kenyataan ‘kontroversi’ dalam tulisan dan kenyataanya kepada media sebelum ini.

Semalam, naib ketua bahagian itu Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat merujuk kepada tulisan Nur Jazlan bertajuk When the honymoon is over... dalam laman web Malaysian Insider pada 16 April lalu, yang meminta perdana menteri mengundur diri.

Tengku Putra juga merujuk kepada kenyataan ketua bahagian bahagian itu dalam laporan akhbar The Star bertarikh 23 April lalu, di mana ketua bahagian Pulai itu mencadangkan kuota 30 peratus untuk pencalonan pemilihan parti dikurangkan.

nur jazlan mohamed Mengulas kenyataan itu, Nur Jazlan menjelaskan bahawa beliau tidak menyatakan ia adalah pendirian bahagian.

“Itu pandangan saya sendiri. Saya tak kata ini pendirian bahagian,” katanya kepada Malaysiakini .

Pergolakan Umno Pulai bermula apabila Nur Jazlan membidas tindakan timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin merasmikan program percambahan minda 2008 di Pulai, yang menurutnya, diadakan tanpa restu Umno bahagian.

Tidak cermin sokongan

Majlis yang dirasmikan oleh Hamzah, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno , dianjurka oleh Majlis Permuafakatan Akar Umbi Umno Pulai, Ahad lalu.

Dua hari kemudiannya, , Ketua Umno cawangan Danga yang juga pengarah program itu, Mohd Yunos Malek menyuarakan rasa kesalnya terhadap kenyataan Nur Jazlan berhubung perkara itu.

Mengulas lanjut mengenai program tersebut, Nur Jazlan berkata ianya tidak mencerminkan sokongan sebenar ahli di peringkat umbi.

Katanya, walaupun beberapa pimpinan bahagian turut hadir, termasuk timbalan ketua, ketua pemuda dan puteri, ia tidak bermakna mereka bersetuju dengan penganjuran majlis tersebut.

“Yang ramai hadir ialah sewaktu majlis perasmian sahaja. Yang ikut program tu lebih kurang 80 orang saja,” kata Nur Jazlan.

“Ahli Umno di peringkat akar umbi tidak ada masalah, tidak menjadi masalah besar,” kata ahli parlimen Pulai itu.

Tiada selesai masalah

Beliau mendakwa program itu tidak menyelesaikan sebarang masalah parti, tetapi lebih mendorong ke arah usaha mengumpul sokongan dalam pemilihan bahagian yang akan datang.

Ditanya sama ada Umno bahagian akan mengadakan menyuarat perwakilan khas (EGM), beliau menjawab tidak perlu.

“Nak buat apa pun tunggulah pemilihan nanti.”

Beliau menyatakan tidak berminat melayan perkara sebegini kerana perkara itu membuang masa tidak akan memberikan sebarang faedah untuk kepentingan parti.

Ditanya tentang kemerosotan undi BN di Johor, Nur Jazlan berkata: “Bagi saya, Umno Johor menang besar.

“Orang Melayu masih memberi kepercayaan kepada kita (Umno). Yang merosot adalah undi Cina, bukan undi Melayu. Orang Melayu masih bersama kita.”

ADS