Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Empat orang ditahan termasuk seorang blogger dan seorang aktivis wanita, sewaktu menyertai demonstrasi anti-ISA selama 45 minit di George Town, Pulau Pinang pagi ini.

penang transportation 191206 ong boon keong organic Aktivis sosial BK Ong dan blogger Satish Kumar ditahandi Plaza Gurney selepas menyertai demonstrasi di Gurney Drive kira-kira jam 11.10 pagi.

Dua orang lagi - Lau Shu Shi dan The Chun Hong - kedua-duanya dari Suaram - ditahan selepas mereka membuat laporan pois di ibupejabat polis di Jalan Patani, George Town pada jam 2.45 petang.

Ketua polis George Town, ACP Azam Abd Hamid berkata, Ong dan Satish Kumar ditahan kerana mereka ‘aktif' sewaktu demonstrasi yang disertai hampir 150 orang dekat bulatan Gurney Drive pada jam 10 pagi.

Perhimpunan tersebut, sebahagian daripada protes di seluruh negara, untuk menggesa kerajaan supaya membebaskan penasihat undang-undang P Uthayakumar mendapat rawatan yang sempurna.

Uthayakumar yang ditahan di bawah ISA pada 13 Disember tahun lalu bersama empat orang lagi pemimpin Hindraf, dikatakan mengalami masalah jantung,

Keluarganya berkata, ekoran penahanannya, paras gula dalam darah Uthayakumar ialah 13.5 sehingga menjejaskan penglihatannya, mengalami sakit dada, dan kemungkinan menjejaskan otot-otot jantungnya.

Para penyokongnya mahu kerajaan merujukknya ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.

Demonstrasi di Pulau Pinang itu dianjurkan bersama oleh Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) Pulau Pinang, Suaram, Badan Pemantau Pulau Pinang, Pusat Perkhidmatan Pekerja Tanjung dan Gabungan Mansuhkan ISA (GMI).

Perhimpunan aman di KL

Perhimpunan yang sama turut diadaan di Kuala Lumpur pagi ini, yang disertai oleh kira-kira 30 orang, termasuk ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasah, di pusat membelibelah KLCC.

Pada 25 November lalu, Hindraf menganjurkan perhimpunan yang disertai kira-kira 30,000 orang di lokasi yang sama.

Ekoran itu, lima pemimpin Hindraf termasuk Uthayakumar ditahan di bawah ISA. Manakala pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy kini tinggal di luar negeri.

hindraf p uthayakumar taiping hospital 170408 03 R Kannan, seorang penyelaras Hindraf yang menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur berkata, kerajaan masih berdiam diri terhadap pelbagai gesaan supaya Uthayakumar diberi rawatan.

"Malah, penjenayah diberi rawatan perubatan, jadi mengapa tidak Uthayakumur? Banyak yang dilakukannya untuk membantu rakyat, kita tidak biarkan ini berlaku," kata Kanan.

"Uthayakumar telah lama mengidap kencing manis. Ubat yang diterimanya tida mencukupi," celah Sivarasa yang turut menyertai perhimpunan.

‘Itu adalah isu pertama, Isu kedua, kita menuntut semua tahanan ISA dibebaskan. Kita mesti mencontohi negara jiran kita, Thailand dan Indonesia, yang memberi perbicaraan yang adil," tambahnya.

Difahaman, ibu Uthayakumar akan menyerahkan memorandum kepada perdana menteri esok, meminta supaya semua tahanan ISA dibebaskan.

"Kita harap mereka akan menimbang untuk membebaskan tahanan (ISA) kali ini," tambah Kannan.

Tiada sebarang tangkapan dilaporkan di Kuala Lumpur walaupun terdapat ramai anggota polis yang hadir. Perhimpunan yang sama juga diadakan di Ipoh dan Seremban.

‘Didakwa enggan bersurai'

Di Pulau Pinang, ACP Azam berkata Ong dan Satish ditahan untuk disoalsiasat mengenai peranan mereka dalam demonstrasi tersebut.

Sepasukan polis dari balai Pulau Tikus tiba di tempat demonstrasi itu pada jam 11.10 pagi dan mengarahkan orang ramai bersurai dari situ.

isa handcuffs Bagaimanapun, Ong dan Satish ditahan di Plaza Gurney, kira-kira 500m dari situ, selepas mereka meninggalkan tempat tesebut.

Azam mendakwa kedua-duanya gagal mematuhi arahan polis supaya bersurai daripada menyertai perhimpunan tersebut dan beredar dari situ.

Bagaimanapun, aktivis Hindraf dari Pulau Pinang, K Vasantha, 26, berkata mereka yang menyertai demonstrasi itu tidak diarahkan supaya terus bersurai.

"Kami diberi masa 45 minit dan kami mematuhinya. Saya tidak faham mengapa rakan-rakan kami ditangkap," katanya.

Kedua-duanya bagaimanapun ditahan selepas Lau membuat laporan polis terhadap tindakan polis mengganggu perhimpunan tersebut.

ADS