Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nizar-Jamry bertemu hari ini
Diterbitkan:  May 15, 2008 3:32 PM
Dikemaskini: 7:35 AM

Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) Datuk Jamry Sury hari ini bertemu dalam majlis rasmi, dipercayai yang pertama selepas Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada 2 Mei lalu menitahkan arahan pertukaran serta-merta Jamry ditarik balik.

Bagaimanapun pada majlis penyerahan cek zakat perniagaan dan tanaman di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini hari ini, pihak media tidak dapat melihat sejauh mana 'kemesraan' antara Jamry yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) dengan Mohammad Nizar disebabkan mereka berada di bahagian tempat duduk berasingan.

mohammad nizar jamaluddin and perak Mohammad Nizar, yang mengiringi Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, berada di tempat duduk VIP bersama-sama Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi manakala Jamry menduduki barisan paling hadapan tempat duduk untuk para jemputan lain.

jamry sury Menurut Bernama, pada 29 April lalu, Jamry telah diarah bertukar dalam tempoh 24 jam oleh kerajaan campuran negeri Perak kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama tetapi Sultan Perak menitahkan pertukarannya ditarik balik.

Di majlis penyerahan zakat, Raja Dr Nazrin Shah yang merupakan Yang Dipertua MAIAMP, berkenan menerima zakat perniagaan dan tanaman bagi pihak MAIAMP berjumlah RM5,748,389.51 daripada Lembaga Tabung Haji (RM2,342,925.49), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (RM1,947,954), Pertubuhan Peladang Negeri Perak (RM560,000), Etiqa Takaful Berhad (RM324,272.83) dan Felcra Seberang Perak Berhad (RM573,237.19).

Ahmad Zahid mewakili Lembaga Tabung Haji, Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat Datuk Rosely Samsuri (Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad); Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Mohd Zaki Din (Pertubuhan Peladang Negeri Perak); Naib Presiden/Ketua Divisyen Syariah Dr Zulkifli Zakaria (Etiqa Takaful Berhad) dan Pengerusi Felcra Datuk Nasarudin Hashim (Felcra Seberang Perak Berhad) pada

majlis penyerahan cek zakat itu.

ADS