Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang ahli Parlimen PAS mendedahkan klip video yang menunjukkan kaedah latihan skuad komando yang menurutnya menjatuhkan maruah para anggota yang mengikuti latihan tersebut.

saifuddin nasution Bercakap dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, beliau menerima klip video yang menunjukkan jurulatih mendera secara fizikal anggotanya serta memijak-mijak kepala mereka.

"Ini adalah soal maruah seorang manusia. Menteri pertahanan sendiripun tentunya tidak mahu kepalanya dipijak-pijak begitu," kata Saifuddin.

Saifuddin turut mendedahkan klip video selama dua minit itu, dalam sidang akhbar tersebut. Kandungannya menunjukkan beberapa orang lelaki berpakaian hitam menyepak dengan kejam seorang individu.

military personnel tortured by army commandos 150508 sequence "Bila saya menerima klip ini, saya bertanya kepada beberapa bekas anggota komando dan mereka memberitahu tidak ada kaedah seumpama itu digunakan semasa mereka menjalani latihan dahulu," katanya.

Lebih membimbangkan lagi, katanya, para jurulatih tersebut nampak begitu gembira melakukan semua itu.

"Adakah insiden ini telah dimaklumkan kepada perdana menteri dan apakah tindakan yang telah diambil?" soalnya.

Saifuddin berkata, beliau menerima klip video itu minggu lalu.

Beliau enggan mendedahkan sumbernya, dan menambah beliau juga tidak pasti di mana dan regimen mana yang ditunjukkan dalam klip video tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata, klip tersebut dirakamkan baru-baru ini, berdasarkan kepada pengesahan beberapa bekas komando bahawa pakaian seragam yang dipakai oleh anggota tentera itu merupakan seragam yang baru dipakai oleh regimen komando Malaysia.

Tiada jawapan dari Najib

Saifuddin sebelum ini membangkitkan perkara tersebut dalam sidang parlimen Isnin lalu, tetapi tiada jawapan daripada timbalan perdana menteri, yang juga menteri pertahanan Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Sebaliknya, Najib pula bertanya kepada Saifuddin sama ada beliau pernah melihat kejadian seumpama itu sewaktu menjadi setiausaha politik kepada menteri pertahanan pada tahun 1990-an.

"Saya tidak pernah melihat apa-apa pun seperti ini sebelum ini walaupun saya pernah menjadi setiausaha politik," katanya sambil menambah, beliau mempunyai alasan untuk mempercayai ia memang benar-benar berlaku.

Menurutnya, pihak kementerian perlu memberi penjelasan mengenainya kepada orang ramai kerana beliau tidak rasa mereka boleh menerima apa yang dilakukan itu.

ADS