HOT TOPICS
coming soon
|
|
|
|
|
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Iklaneka Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah 388 CAMPAIGN
Lebuhraya punca KTM rugi besar
Fauwaz Abdul Aziz
Mei 21, 08
5:16pm
Pembinaan lebuhraya merupakan antara punca Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) menanggung kerugian antara RM87 juta hingga RM188 juta sepanjang tujuh tahun lalu, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Lajim Ukin di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, KTM menanggung kerugian sebanyak RM188 juta pada tahun 2001, RM140 juta (2002), RM131 juta (2003), RM87 juta (2004), RM131 juta (2005), RM104 juta (2006) dan RM116 juta (2007).

Menjawab soalan dari Kamaruddin Jaafar (PAS-Tumpat) pagi ini, Lajim berkata punca kerugian tersebut ialah kerana orang ramai kini lebih suka menggunakan lebuhraya berbanding dengan perkhidmatan KTM.

Kamaruddin memberitahu dewan bahawa jumlah pengguna perkhidmatan KTM telah merosot daripada 833,000 orang pada tahun 1990 kepada hanya 270,000 orang pada 2004 - merosot hampir 70 peratus.

Antara sebabnya, kata Kamaruddin, ialah masa perjalanan yang terlalu lama - 13 hingga 14 jam - dari Kuala Lumpur ke Tumpat, sedang ia sepatutnya mengambil masa lima hingga enam jam sahaja.

Beliau juga menyatakan Terengganu tidak mampunyai perkhidmatan keretapi walaupun negeri itu menikmati pendapatan RM7 bilion dari bayaran royalti minyak.

Perkukuh landasan


Lajim berkata, kementeriannya kini dalam proses mendapatkan koc dan gerabak baru untuk yang ada sekrang bagi menambahbaik perkhidmatan KTM.

Untuk tujuan ini, katanya, kementerian beliau telah mengemukakan permohonan (kepada kementerian kewangan) untuk meminta dana bagi membeli koc-koc baru, tetapi sehingga ini, belum menerima sebarang jawapan.

Lajim juga berkata beliau akan meneliti keadaan perkhidmatan KTM dari Penang ke Singapura untuk mengetahui masalah yang dihadapi pengguna. Berita asal

Bagi pantai timur pula, beliau berkata, penambahbaikan telah dilakukan dua stesen di Tanah Merah dan Kuala Krai manakala tiga stesen baru sedang dibina di Wakaf Bharu, Pasir Mas dan Gua Musang.

Lajim juga memberitahu dewan, kerja-kerja memperkukuhkan landasan dan jambatan di laluan pantai timur sedang dijalankan di antara Gemas dan Kerdau (dengan kos RM30 juta), Mengkarak dan Mentakab (RM4 juta), Gemas dan Bahau (RM15 juta) dan Bahau dan Triang (RM17 juta). Berita asal
 
Untuk penguna Maxis, UMobile, Digi , dapatkan berita sms
Dapatkan Mobilekini untuk membaca cerita penuh di telephone bimbit
Singkatan berita setiap hari
Email:
Bersamalah 10000+ kawan di kumpulan Facebook Malaysiakini
Ikuti berita Malaysiakini menerusi Twitter
Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner