Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Permohonan baru habeas corpus difailkan oleh seorang pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) terhadap Kementerian Dalam Negeri dan pusat tahanan Kamunting kerana didakwa tidak mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya.

uthayakumar court habeas corpus application 220508 01 Peguam N Surendran memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur High hari ini bagi pihak P Uthayakumar yang mendakwa telah dinafikan rawatan perubatan sewajarnya bagi penyakit kencing manis yang dihidapinya.

Katanya, Uthayakumar tidak diberi rawatan perubatan sejak pertengahan Februari sehingga 6 April tahun ini, mengakibatkan beliau terpaksa dimasukkan ke Hospital Taiping pada 7 April,.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati tahap gula dalam darah Uthayakumar telah melonjak naik.

Ekoran itu, Surendran mendakwa pihak berkuasa pusat tersebut sengaja menafikan Uthayakumar daripada mendapatkan rawatan perubatan.

Habeas corpus merupakan permohonan untuk membawa tahanan ke mahkamah atau menemui hakim bagi menentukan sama ada wujud kecacatan dalam prosedur, menjadikan penahanan mereka boleh

diisytiharkan tidak sah.

Uthayakumar menginap kencing manis sejak 12 tahun lalu. Keadaan kesihatannya menjadi tumpuan apabila beliau dimasukkan ke hospital kerana penyahhidratan selepas mogok lapar awal tahun ini.

Ekoran keadaan kencing manis tersebut, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menjalankan siasatan yang diketuai oleh pesuruhjayanya, Datuk N Siva Subramaniam.

Siva mendapati keadaan Uthayakumar "adalah terkawal" dan gembira dengan rawatan perubatan yang diberikan kepadanya.

Diet tidak sempurna

Bagaimanapun, tunang Uthayakumar S Indradevi berkata, keadaan kencing manis Uthayakumar tidak berubah kerana beliau masih lagi diberi makanan berkanji.

uthayakumar court habeas corpus application 220508 04 "Dia masih diberi makanan biasa walaupun kita beritahu, dia memerlukan roti capati. Tahap kencing manisnya masih tinggi kerana mereka tidak memberinya diet yang betul," katanya.

Indradevi (foto, kiri) juga berkata, keadaan fizikal Uthayakumar juga terjejas ekoran penahanannya itu.

"Penyakit kulit dan alahannya semakin teruk. Doktor tidak tahu apa penyakitnya itu. Dia juga bermasalah dengan lututnya, dia berjalan seperti tempang. Berat badannya telah turun sebanyak lima kilogram," katanya.

Dalam afidavitnya, Uthayakumar berkata, beliau mengalami masalah tekanan darah dan tahap gula yang tinggi, kerosakan kecil pada jantung, mengalami sakit kulit, mata kelabu, sakit kepala, pening dan lemah-lemah sejak dinafikan rawatan perubatan.

Sementara itu, Uthayakumar juga mendakwa pihak berkuasa pusat tersebut enggan memasukkannya ke Institut Jantung Negara (IJN) walaupun diminta oleh doktor supaya berbuat demikian.

uthayakumar hindraf hospital medical aid 200508 05 Menurut Surendran, doktor mendapati Uthayakumar mengalami kerosakan pada jantungnya dan menasihatkan supaya beliau dimasukkan ke IJN selepas menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Taiping pada 28 April lalu.

"Sehingga hari ini, beliau tidak dibawa ke IJN. Pihak berkuasa penjara dan menteri berkenaan telah membuat kenyataan palsu bahawa Uthaya enggan dibawa ke IJN. Ini tidak benar sama sekali.

"Uthaya memberitahu mereka bahawa beliau mahu ke IJN dan beliau mahu keluarga dan peguamnya berada di sana. Sudah tiga minggu sejak pemeriksaan tersebut dibuat dan beliau belum lagi dibawa ke IJN," katanya.

"Ini memeranjatkan. Kami amat bimbangkan apa yang mungkin terjadi kepadanya," tambahnya.

ADS