Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) telah membelanjakan 90.6 peratus daripada peruntukan bagi kawasan masing-masing dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini

selangor govt pig issue 090408 khalid Menjawab soalan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan), beliau berkata, jumlah keseluruhan peruntukan tersebut ialah RM26,634,844.33 dan baki yang tinggal ialah RM2,907,155.76.

Khalid kemudiannnya memberitahu pecahan peruntukan bagi setiap kawasan pilihanraya dan baki yang tinggal.

Katanya, sebahagian besar Adun BN masing-masing membelanjakan RM492,800 dan Khalid berkata, beliau akan menyiasat perkara tersebut.

Malah, katanya, Speaker Dewan Undangan Negeri yang lalu, yang bukannya seorang Adun, turut membelanjakan RM600,000.

Sehubungan itu, Khalid mencadangkan supaya sebuah jawatankuasa khas mengenai kecekapan, akauntabiliti dan keteluasan ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut.

Ekoran perbelanjaan besar dalam tempoh dua bulan pertama ini, kini tidak ada lagi peruntukan yang tinggal bagi 36 kerusi dewan undangan negeri yang kini dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat - PKR-DAP-PAS - untuk dibelanjakan sepanjang tahun ini.

selangor state seat 2008 breakdown Dalam titah perasmian sidang DUN Selangor Rabu lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa baginda memandang serius perbelanjaan peruntukan Adun bagi tahun 2008 yang habis dibelanjakan dalam dua bulan pertama tahun ini.

Kontroversi Balkis

Menjawab soalan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) mengenai kontroversi Balkis, Khalid berkata beliau telah berusaha mendapatkan jawapan mengenainya dari Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Menteri besar berkata, beliau telah menghantar tiga pucuk surat kepada ROS sejak April lalu, untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai pembubaran Balkis.

Bagaimanapun, katanya, sehingga sekarang beliau belum menerima sebarang jawapan dari ROS.

Katanya, Balkis perlu memperjelaskan mengenai aktiviti-aktiviti tertentu yang dianjurkan dengan sokongan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri.

Sebagai contoh, kata Khalid, puluhan ribu ringgit dibelanjakan untuk perkara-perkara seperti cenderahati untuk 'VVIP', mengadakan festival dan majlis makan malam.

Salah satu daripadanya, dedah menteri besar, ialah perbelanjaan sebanyak RM279,000 untuk membeli pakaian sukan untuk ahli Balkis.

Khalid berkata, mereka menggunakan Galeri Hafiz Sdn Bhd. Dua bayaran terbabit - RM158,000 dan RM121,000 - adalah untuk menyediakan pakaian sukan untuk lelaki dan wanita.

Menjawab soalan tambahan oleh Jenice Lee (DAP-Teratai), Khalid berkata, kerajaan berpandangan bahawa Balkis masih belum dibubarkan secara rasmi.

Balkis adalah persatuan isteri-isteri wakil rakyat di Selangor. Berita asal

selangor state expenditure 26 million gone in two months 230508

ADS