Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM) akan mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasanya malam ini berhubung tempoh notis meroboh premis peniagaan Lot 25 di pasar minggu di situ yang semakin hampir.

"Mesyuarat itu antara lain akan membincangkan tindakan dan langkah yang perlu diambil oleh persatuan berhubung notis yang diterima mengenai perkara itu," kata Timbalan Yang Dipertua PPKPM, Mohamad Nadzri Abdul Hamid ketika dihubungi Malaysiakini.

kampung baru weekend market 260508 03 Notis yang bertarikh 20 Mei itu memberikan tempoh selama 30 hari - sehingga 20 Jun depan - kepada para peniaga terbabit supaya berpindah dan mengosongkan premis perniagaan mereka.

Lot 25 Kampung Baru adalah kawasan perniagaan yeng terawal Melayu yang pernah dibangunkan semula dan dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1967.

Lot itu meliputi kawasan pasar minggu, gerai Mara, pusat kebudayaan PKNS dan deretan gerai makanan di Jalan Raja Muda Musa.

Menurut tinjauan Malaysiakini bulan lalu, tindakan DBKL merisaukan peniaga yang bertahun-tahun berniaga di Lot 25 Kampung Baru kerana tiada pampasan dan premis perniagaan baru dijanjikan.

kampung baru weekend market 260508 04 Seorang peniaga songkok Mariana Sutan Muda, 73, berkata tindakan dewan itu tidak berpatutan kerana mereka tidak dimaklumkan mengenai tapak baru untuk berniaga.

Manakala peniaga kemudahan sewa khemah Hamzah Abdul Hamid, 61, pula berkata tawaran DBKL tidak mencukupi kerana tiada tapak untuk berniaga disediakan dan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) tidak cukup untuk mereka sekeluarga.

Seorang pemilik kedai jahit, 30-an, yang enggan dikenali, pula tidak menolak kemajuan yang ingin dibawa DBKL tetapi beliau mahu memastikan dapat berniaga semula di situ selepas projek pembangunan tersebut dijalankan.

Difahamkan PPKPM telah menyuarakan isu ini kepada ahli parlimen Titiwangsa, Datuk Lo' Lo' Mohamad Ghazali dalam pertemuan mereka bulan lalu.

ADS