Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Persatuan Peniaga dan Kebajikan Pasar Minggu (PPKPM) akan mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada merobohkan premis perniagaan di Lot 25, Pasar Minggu di Kampung Baru sekiranya rundingan sekarang menemui jalan buntu.

kg baru peniaga dialog 070608 meeting Naib Yang Dipertua (PPKPM), Aziz Hamzah mengumumkan perkara itu dalam pertemuan dengan kira-kira 80 peniaga terbabit di pusat kebudayaan di situ, malam tadi.

DBKL telah mengeluarkan notis bertarikh 20 Mei, yang memberi tempoh sebulan kepada para peniaga terbabit untuk mengosongkan premis perniagaan masing-masing.

PPKPM telah melantik sebuah firma guaman untuk mewakili pihaknya berunding dengan DBKL dan jika perlu membawa kes itu ke mahkamah.

Dalam mesyuaratnya Rabu lalu, PPKPM memutuskan untuk mengemukakan tiga tuntutan kepada DBKL, iaitu:

bullet button Menyediakan penempatan perniagaan sementara kepada peniaga di Lot 25 di tempat baru, sebelum mereka berpindah;

bullet button Jaminan mereka akan diberikan keutamaan berniaga semula di situ setelah projek pembangunan DBKL selesai.

bullet button Dibayar pampasan yang munasabah serta membiayai kos perkhidmatan guaman.

Utamakan rundingan

kg baru peniaga dialog 070608 map Turut hadir di majlis perjumpaan tersebut ialah Yang Dipertua PPKPM, Dr Hosni Hussen Md Saat; Timbalannya, Mohamad Nadzri Abdul Hamid; dan , Aziz bin Hamzah dan pemangku ketua cawangan Umno Pasar Minggu Kampung Baru, Ramli Masdar.

Sementara itu, ketika menjawab soalan dari hadirin, Dr Hosni berkata, pihaknya mengutamakan rundingan yang baik dengan pihak DBKL bagi menyelesaikan tersebut.

"Persatuan tidak mahu tindakan drastik. Kita mahukan kerjasama dari pihak berwajib, biarlah apa yang wajar, apa yang adil yang patut kami dapat, kita dapat," kata Dr Hosni.

Kerana itulah, tambahnya, PPKPM telah bersetuju melantik firma guaman untuk membantu persatuan dalam aspek perundangan.

kg baru peniaga dialog 070608 building "Kita telah melantik seorang peguam untuk pertahankan kedudukan kita di sini. Beliau akan menghantar surat kepada DBKL untuk maklumkan apa yang kita rasa perlu, bagi mendapatkan pampasan yang sewajarnya," kata Dr Hosni.

Bagaimanapun, kata beliau, pihak persatuan berharap pemilik premis perniagaan di Lot 25 dapat sama-sama membiayai kos khidmat guaman.

"Dalam mesyuarat-mesyuarat yang lepas, kami telah setuju, sebagai permulaan, untuk kutip RM50 (dari peniaga terbabit) untuk (membiayai) kos guaman," jelasnya.

Dr Hosni juga meminta peniaga di Lot 25 itu, agar menyerah salinan dokumen-dokumen penting kepada pihaknya.

Jumpa Datuk Bandar

"Sekiranya ada dokumen-dokumen seperti surat, geran, atau surat bayar cukai, sila berikan salinannya kepada kami untuk diserahkan kepada peguam," kata Dr Hosni.

Beliau juga meminta peniaga terbabit yang ingin berpindah dari situ, agar jangan berbuat demikian.

Ketika menjawab soalan hadirin apakah tindakan selanjutnya jika rundingan dengan pihak DBKL menemui buntu, Dr Hosni berkata: "Kita (persatuan) akan libatkan pucuk pimpinan tertinggi negara".

kg baru peniaga dialog 070608 rahman Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenainya.

Sementara itu, Aziz pula menasihatkan para peniaga terbabit supaya jangan mengosongkan premis masing-masing.

"Ikut undang-undang, kalau kita berada dalam rumah, dia (DBKL) tak boleh roboh. Jangan keluar, nanti dia roboh," katanya.

Manakala Ramli pula memberitahu peniaga terbabit bahawa Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Dr Suleiman Mohamed akan berjumpa dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hakim Borhan Jumaat depan.

Ketika ditemui kemudiannya, Ramli berkata, pihak berharap perjumpaan tersebut akan menghasilkan perkembangan yang positif bagi membantu para peniaga terbabit.

ADS