Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

kemaskini 11:55pm Sewaktu 2,000 peserta perarakan yang membantah kenaikan harga minyak sedang menunaikan sembahyang Jumaat, sekumpulan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bersiap sedia menghalang perjalanan mereka ke Suria KLCC.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 22 Sebaik sahaja kumpulan penyokong pembangkang melimpah ke simpang empat Jalan Raja Abdullah dengan Jalan Raja Alang mulai 2 petang, kira-kira 40 anggota FRU bergegas menutup jalan ke arah Jalan Sultan Ismail.

Di barisan belakang FRU, terdapat 30 anggota polis sehingga mendorong kumpulan Pemuda Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub berarak di sepanjang Jalan Raja Alang, menuju Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Kira-kira 30 minit kemudian, apabila ribuan peserta perarakan mulai meninggalkan Kampung Baru, polis mengarahkah orang ramai di sekitar masjid bersurai.

Sebelah kiri Jalan Raja Abdullah menuju ke arah masjid ditutup oleh polis. Kenderaan yang diletakkan sekitar kawasan itu pula diarahkan keluar.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 29 Selain sekatan jalan ini, polis umumnya kelihatan tenang dan bersahaja menghadapi ribuan pembantah dari Pakatan Rakyat.

Mereka memantau pergerakan sejauh lebih dua kilometer itu - ke Kompleks Pertama dan kemudian ke ibu pejabat PAS - termasuk mengawal lalulintas.

Hanya kira-kira jam 3 petang, dekat dengan kompleks beli-belah Campbell, sekumpulan 30 anggota FRU kelihatan tiba-tiba menyarung kelengkapan tempur mereka bagi berdepan perhimpunan orang ramai di tengah simpang Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Dang Wangi.

Mereka ini sebahagian daripada kira-kira 70 anggota yang dikerahkan bersama lapan kenderaan pasukan tersebut - asalnya dipercayai dari pangkalan asal di KLCC

Pasukan lapan kenderaan FRU ini kelihatan meluru dengan laju melalui Jalan Ampang pada 2.40 petang dan berhenti di Jalan Dang Wangi 10 minit kemudian.

Lapan kenderaan itu: lima trak, dua trak kecil dan sebuah meriam air.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 16 Setelah bersiap, sepuluh minit kemudian, bagaimanapun mereka membuka semula perisai dan baju pelindung bersama cota. Mereka kemudian naik semula ke dalam trak tanpa apa-apa berlaku.

Pada waktu itu perhimpunan 2,000 orang itu telah mula bersurai – hanya 1,000 orang lagi berarak di sepanjang Jalan Raja Laut menuju ibu pejabat PAS, kira-kira satu kilometer dari Kompleks Pertama.

Selepas orang ramai diminta bersurai menjelang 3.30 petang depan ibu pejabat PAS, tiba-tiba meledak suasana riuh.

Waktu itu seorang pegawai polis mengarahkan ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin membuang kain rentang bertulis "PM Pekak Badak" yang tergantung di tiang bendera depan bangunan tersebut.

Kejadian itu selepas beliau membuat kenyataan kepada media, apabila tiga anggota polis datang kepadanya dan memintanya menurunkan kain rentang tersebut.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 11 Sewaktu rundingan berjalan antara polis dengan pemimpin Pakatan, seorang anggota polis berpangkat ACP dengan kasar merempuh ke dalam kumpulan orang ramai dan merentap kain rentang itu sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai.

Mereka bersorak dan menyuarakan tidak puas hati kepada pihak polis.

Mengulas tindakan pegawai itu, Shamsul Iskandar menyifatkan "polis nakal, masuk rumah orang tak bagi salam."

Apabila kumpulan polis itu, termasuk 30 anggota FRU, meninggalkan kawasan itu pada jam 3.40 dan pegawai yang menimbulkan kekecohan itu berlalu dengan motosikalnya beberapa minit kemudian, sekali lagi kendengaran sorakan orang ramai.

ADS