Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MCA lompat: Dakwaan Anwar 'palsu'
Diterbitkan:  Jun 16, 2008 4:20 PM
Dikemaskini: 2:23 PM

dikemaskini Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa terdapat beberapa ahli parlimen MCA akan menyertai Pakatan Rakyat disifatkan sebagai "tidak masuk akal dan palsu semata-mata".

"Dakwaan Anwar itu tidak boleh diterima akal dan palsu semata-mata.

fu ah kiow "Ia tidak lebih daripada kegemparan murahan untuk publisiti dirinya sendiri," kata ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Fu Ah Kiow, mengulas dakwaan penasihat PKR sewaktu berucap di Bayan Baru, Pulau Pinang semalam.

"Memang menjadi hasrat Anwar menimbulkan pergeseran antara parti-parti komponen BN dan memisah-misahkannya," kata Fu, yang juga ketua biro penerangan MCA.

"(Dakwaan) ini merupakan sebahagian daripada strateginya untuk mengejar jawatan perdana menteri."

Menyedari BN pernah berdepan tempoh naik turun sokongan terhadapnya, Fu menggesa parti-parti komponen BN agar terus berpaut utuh bersama-sama.

"Melalui zaman susah dan senang (bersama), kami sentiasa bergandingan antara satu sama lain, dan akan terus berbuat demikian. Kami tidak akan lari meninggalkan rakan sendiri dalam keadaan yang susah," kata Fu.

Beliau juga mengulas kenyataan naib ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abdul Rani untuk memperkenalkan siasah syariah di

negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Fu berkata, daripada melemparkan dakwaan yang bukan-bukan terhadap MCA, parti-parti komponen Pakatan khususnya DAP dan PKR "haruslah membantah agenda PAS itu."

Tambahnya, tidak boleh diterima sekadar Teresa Kok atau Cheng Guang Yau (pembantu khas kepada menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin) muncul menjelaskan kenyataan PAS tersebut.

Mohamad Nizar, Anwar dan barisan pemimpin atasan DAP dan PKR haruslah menggunakan pengaruh mereka terhadap PAS agar menggugurkan amalan seumpamanya itu di Kelantan, tambah Fu lagi.

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang hari ini dilaporkan berkata cadangan Pemuda PAS itu "sama sekali tidak boleh diterima" dengan alasan ia tidak sejajar dengan janji Pakatan untuk menegakkan sebuah negara sekular.

"Tidak seharusnya ada percubaan untuk memperkenalkan negara Islam atau undang-undang hudud," beliau dipetik sebagai berkata.

Fu juga menggesa Pakatan Rakyat "berhenti bermain politik" di lima negeri bawah pentadbirannya dan seharusnya mencari langkah-langkah membangunkannya, membawa lebih pendapatan kepada rakyat.

ADS