Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Anwar cabar pemecatan sebagai TPM
Diterbitkan:  Jun 16, 2008 9:19 PM
Dikemaskini: 1:29 PM

Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar kesahihan, dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 10 tahun lalu oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Panel tiga anggota yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara membenarkan Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, bahawa pemecatannya sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang.

Menurut laporan Bernama , berikutan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang — sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut perlembagaan, dan sama ada Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

Mahkamah akan memutuskan:

Pertama, sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menghendaki Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan dalam Kabinet Malaysia dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyai hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya; dan,

Kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan timbalan perdana menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Dr Mahathir sebagai menteri kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut.

ADS