Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
24% miskin jika PGK RM1,500
Diterbitkan:  Jun 23, 2008 5:49 PM
Dikemaskini: 9:51 AM

Paras Garis Kemiskinan (PGK) negara sekarang akan dikemaskini dengan mengambil kira keadaan inflasi semasa, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham Abdul Aziz hari ini.

PGK yang diguna pakai kini belum mengambil kira kesan kenaikan harga minyak baru-baru ini, tambahnya.

"Kerajaan memang sedar kesan inflasi dan kenaikan harga barangan yang dihadapi oleh negara pada masa ini akan mempengaruhi perbelanjaan isi rumah.

"PGK ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa dengan mengambil kira keadaan inflasi semasa," katanya, menjawab soalan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) di Dewan Rakyat.

Abdul Khalid membangkitkan persoalan PGK kini terlampau rendah dan tidak munasabah untuk membiayai satu keluarga dan meminta kerajaan memberi kadar peratusan kemiskinan di setiap negeri jika PGK dinaikkan kepada RM1,500.

PGK - pendapatan yang mencukupi bagi membolehkan setiap isi rumah memenuhi keperluan asas dari segi makanan dan bukan makanan yang membolehkan setiap ahlinya berfungsi dalam masyarakat - sekarang ditetapkan bagi mereka yang berpendapatan kurang daripada RM753.

Amirsham berkata jika PGK dinaikkan ke tahap RM1,500, kadar peratusan kemiskinan di setiap negeri dianggarkan berjumlah 24.3 peratus.

ADS