Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

dikemaskini Dasar Ekonomi Baru (DEB) bukan merupakan punca rasuah, kata bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Nor.

Di Indonesia, katanya, tidak ada DEB tetapi lebih banyak berlaku rasuah.

ezam interview 310508 3 Malah, katanya, menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri dilahirkan daripada pelaksanaan DEB.

"Jika tidak ada DEB, tidak ada PNB (Permodalan Nasional Berhad) dan Guthrie (yang pernah diterajui oleh Abdul Khalid sebelum ini)," katanya dalam ceramah anjuran Umno bahagian Bandar Tun Razak malam tadi.

Menurutnya, mereka yang berkata "DEB sebagai punca rasuah" melakukan pengkhianatan kepada bangsa.

Beliau mengulangi dakwaannya bahawa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghapuskan teras Melayu dalam parti tersebut.

Ezam berkata, selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004, PKR yang menguar-uarkan slogan "berteraskan Melayu" sejak 1999 sudah tidak kedengaran lagi.

Asas bangsa

"PKR adalah parti berbilang kaum tetapi berasaskan bangsa Melayu (pada 1999) tetapi selepas beberapa tahun Anwar dibebaskan, beliau tidak lagi menyebut perkara tersebut.

"(Tindakan) ini pengkhianatan. Orang yang biadap dan tidak bertamadun yang melenyapkan asas-asas perjuangan parti," katanya.

ezam interview 310508 4 Menurutnya lagi, beliau telah bertanyakan kepada Anwar dalam mesyuarat mengenai teras Melayu dalam PKR tetapi bekas ketuanya itu "membuat tidak tahu sahaja".

Katanya, beliau bukan anti-Cina, malah mempertahankan kaum itu, tetapi tidak berkompromi terhadap asas bangsa.

"Kerana hendak menjadi perdana menteri, Anwar sanggup menggoncangkan asas ini. Dia tidak ada semangat negara dan perjuangannya juga mengikut keadaan masa," katanya.

Beliau juga mendakwa rakyat dan malah ketua-ketua bahagian PKR sudah hilang kepercayaan kepada menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pemimpin dan ahli PKR tidak percaya kepadanya kerana menteri besar itu "tidak adil", dakwanya lagi.

Mohamad Ezam juga menyokong sikap Pemuda PAS Selangor yang membantah tindakan individu tertentu memasukkan wang milik kerajaan Selangor ke dalam akaun PKR.

Selasa lalu, dewan itu kecewa dengan tindakan penganjur sambutan 100 hari pemerintahan kerajaan campuran di Selangor yang berbuat demikian.

Ketuanya Sallehen Mukhyi dilaporkan khuatir perkara seperti itu berlaku lagi pada masa akan datang melibatkan nilai wang yang lebih besar.

Macam-macam masalah

Mohamad Ezam berkata, beliau tidak pernah melihat kerajaan seperti ini yang baru 100 hari memerintah tetapi telah berlaku bermacam- macam perkara termasuk peletakan jawatan pegawai khas menteri besar, Mohd Yahya Mat Sahri.

ezam interview 310508 5 Pemimpin PKR itu, yang digantung tugasnya selama dua bulan susulan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan salah guna kuasa, telah meletakkan dua jawatan pentingnya, termasuk setiausaha perhubungan PKR negeri, Isnin lepas.

Bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mendedahkan lagi kontroversi penggunaan dana sambutan 100 hari tersebut.

Beliau berkata, pengerusi jawatankuasa sambutan Datuk Dr Hassan Ali menyatakan kerajaan negeri hanya memperuntukkan RM200,000 untuk menjayakan majlis tersebut pada 20 Jun lalu.

"Tetapi pejabat menteri besar telah membuat surat dan menghantarnya kepada banyak syarikat supaya memasukkan wang ke dalam akaun milik individu.

"Ada syarikat yang beritahu saya mengenai perkara tersebut dan saya akan tunjukkan surat itu," katanya lagi.

Isnin lalu, Abdul Khalid mengakui wujud sumbangan derma yang dimasukkan ke dalam akaun PKR.

Beliau hari ini dilaporkan berkata wang itu dimasukkan oleh individu tertentu di luar pengetahuannya.

ADS