10 most influential Malaysian albums
  VIMA Nominee: Aku Seorang Kuman Yang Crazy
  ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Kehadiran kereta polis cemaskan penyokong Anwar
Abdul Rahim Sabri | Jun 29, 08 9:27am

Para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di di Hotel Quality Shah Alam 'cemas seketika' seketika pagi ini apabila dua buah kereta peronda polis muncul di depan pintu utama hotel tersebut kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Begitu juga dengan para wartawan yang telah berkampung di hotel tersebut sejak semalam, terus bergegar merakamkan foto dua buah kereta peronda tersebut.

anwar police carBagaimanapun, keadaan tenang semula apabila kereta peronda tersebut beredar dari situ kira-kira semula 10 minit kemudiannya.

Sebelum itu, seorang pegawai PKR kelihatan bercakap dengan anggota polis tersebut.

Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, beliau berkata, anggota polis berkenaan memberitahu ada pihak yang menghubungi polis mengatakan ramai orang berkumpul di hotel tersebut.

Jadi mereka datang untuk menyiasat. Selepas dimaklumkan bahawa PKR mengadakan seminar sejak semalam, maka mereka beredar dari situ.

Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa ketua umum PKR itu akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar - Saiful Bukhari Azlan - yang mendakwa dia telah diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri tersebut.

PKR mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar  semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.

Parti itu menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata.

Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.

Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perkara itu tetapi tidak  diketahui bila dan di mana laporan itu akan dibuat.

saiful bukhari azlan old images with ministers 290608 02Bercakap kepada pemberita pagi tadi, Wan Azizah berkata, Saiful merupakan seorang sukarelawan yang tampil membantu PKR, sewaktu pilihanraya umum.

Ekoran itu, katanya, mereka tidak membuat sebarang semakan latarbelakang Saiful.

Mengenai laporan tersebut, beliau berkata, ia bertujuan untuk mencemarkan masa depan politik Anwar.

Menurut Wan Azizah perkara yang sama berlaku sepertimana 10 tahun yang dulu.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dalam perbuatan liwat.

Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.

Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan membebaskan Anwar.

Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.



Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner