10 most influential Malaysian albums
  VIMA Nominee: Aku Seorang Kuman Yang Crazy
  ANIMAX Cosplay Competition
  All VIMA Awards Passes Snapped Up!! Its Beg,Borrow or Steal to Get One!
  Here it is again..The Full VIMA Nominee List!!
  Youth'09 - Malaysia’s Largest Youth Lifestyle Festival.
  Ahmad Izham Omar Gets Inducted Into Indie Music Hall Of Fame
  Okay, so you wanna be a film-maker?
  The Top 10 Singles of 1970
  How To Cure Migraines: Super Tips!
  The Politics of Hunger: When Policies and Markets Fail the Poor
  March 8: Eclipsing May 13 (Hardback edition)
  Malaya's First Year at the United Nations: As Reflected in Dr Ismail's Reports Home to Tunku Abdul Rahman (Hardback edition)
  The Asian Renaissance
  The Malay Dilemma
  -    +  
Adjust font size:
Anwar: Tubuh s'jaya siasatan diraja
Jimadie Shah Othman | Jul 3, 08 3:23pm
kemaskini 7:15pm Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pendedahan penyiasat persendirian dalan akuan berkanunnya mempunyai implikasi serius apabila kredibiliti polis, pejabat peguam negara dan badan kehakiman telah tercemar.

Ketua umum PKR berkata, kenyataan P Balasubramaniam hari ini telah mengesahkan "apa yang telah kita katakan selama ini; tiada siasatan yang sempurna dilakukan terhadap pembunuhan Altantuya (Shaariibuu)".

anwar ibrahim press conference 030708 03Sehubungan itu, Anwar menuntut penubuhan sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut bekas anggota polis berpengalaman itu.

Akuan berkanun bekas anggota Cawangan Khas itu, kata mantan timbalan perdana menteri itu, mengesahkan dengan jelas dan konsisten bentuk manipulasi sistem keadilan jenayah "yang telah kita saksikan di negara ini sejak 1998".

Akaun berkanun - setebal 16 halaman itu yang dibuat pada 1 Julai - turut diedarkan di sidang media Anwar di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya tengah hari ini.

Balasubramaniam hadir bersama peguamnya Americk Sidhu. Naib presiden PKR dan peguam Sivarasa Rasiah turut hadir.

Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam mendakwa wujud maklumat yang mengaitkan Altantuya dengan timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

(Timbalan perdana menteri sebelum ini beberapa kali menafikan beliau mengenali wanita Mongolia itu dan juga menafikan sebarang kaitan dengannya. Hari Najib turut mengulangi penafiannya.)

Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu pada pertengahan November 2006, turut mendakwa maklumat mengenai Najib yang didedahkan kepada polis tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya. 

Anwar yang kini berdepan siasatan isu liwat berkata, akuan ini membuktikan bahawa polis dan pihak pendakwa telah menyembungikan maklumat yang relevan dengan kes tersebut.

Tokoh pembangkang itu bimbang bahawa pihak berwajib akan melakukan perkara yang sama dalam siasatan kes liwat terhadapnya sekarang - susulan aduan polis bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Selasa lalu, Anwar membuat laporan polis terhadap ketua polis negara Tan Sri Musa Hasaan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani  Patail dengan mendakwa mereka berbuat mengetahui usaha memalsukan bukti dalam kes beliau ditumbuk Tan Sri Rahim Noor, ketua polis negara waktu itu, pada 1998.

Timbalan perdana menteri sebelum ini beberapa kali menafikan beliau mengenali wanita Mongolia itu dan juga menafikan sebarang kaitan dengannya.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner