-    +  
Adjust font size:
UTM akan dapat maklumat kedutaan
Jul 3, 08 7:11pm
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut termasuk dari Wisma Putra dan Kedutaan Malaysia di Bangkok berhubung dakwaan seorang daripada dua rakyat Malaysia yang ditahan di selatan Thailand Sabtu lalu merupakan pelajarnya.
    
Pegawai Perhubungan Awam UTM Sabri Ahmad yang dihubungi berkata pihaknya setakat ini tidak mempunyai sebarang maklumat untuk membuktikan bahawa lelaki itu sememangnya pelajar universiti berkenaan.
    
"Kita tidak dapat memberikan kepastian sama ada beliau adalah pelajar UTM  atau tidak. Kita memerlukan lebih banyak maklumat untuk memastikannya," katanya di Johor  Bahru hari ini.
    
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama dari ibu negara Thailand hari ini yang memetik sumber tentera Thailand sebagai mendakwa lelaki yang ditahan di Sungai Golok Narathiwat itu adalah pelajar UTM dan berasal dari Melaka.
    
Sumber tentera Thai itu juga mendakwa pelajar tahun akhir berusia 23 tahun itu mengambil kursus kejuruteraan mekanikal di UTM dan mempunyai gred mata purata sebanyak 3.2.
    
Ketika ditahan Sabtu lepas, pihak berkuasa Thai menjumpai pisau, pemetik api, benzin, dan topi benang bulu pada kedua-dua lelaki itu.


Advertisement

Diy Day Banner

Advertise here ( RM10/day )

Advertise here ( RM10/day )

Diy Day Banner